Semasa

Abby Abadi Selamat Melahirkan Bayi Pramatang Seberat 535gm

SELEPAS melalui pelbagai dugaan dalam tempoh kehamilan, pelakon Abby Abadi akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 10.45 pagi Jumaat di Hospital Sungai Buloh, Selangor secara pembed4han.

Suaminya, Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jaiezzany, 45, memberitahu isteri dan bayi yang dilahirkan seberat 535 gram itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, kedua-dua mereka selamat.

“Tetapi bayi kami masih dalam pemantauan doktor dan diletakkan di wad NICU (wad penjagaan intensif untuk bayi) kerana lahir tak cukup bulan.

“Beratnya hanya 535 gram sahaja,” katanya kepada mStar.

 

Abby dimasukkan ke hospital sejak Ahad malam selepas mengalami tekanan drah tinggi.

Terdahulu, Jaiezzany memaklumkan isterinya itu terpaksa dibedah bagi mengeluarkan bayi demi menyelamatkan nyawa kedua-dua mereka selepas aktres itu mengalami tanda-tanda untuk bersalin.

“Tekanan drah Abby dah semakin baik semalam dan doktor beritahu dia mungkin boleh keluar hari ini.

“Tiba-tiba tengah malam tadi tekanan drah dia naik sampai 190 dan pagi ini dia bleeding… doktor beritahu ada bukaan dan berlaku contraction.

“Apabila drah dah terlalu banyak, doktor tak boleh nak tunggu, terpaksa masuk ke bilik pembedahan. Kandungan baru sahaja 23 minggu tapi terpaksa dikeluarkan untuk selamatkan mereka,” katanya.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad malam selepas mengalami tekanan drah tinggi.

Bayi baru sahaja 23 minggu tapi terpaksa dikeluarkan untuk selamatkan mereka.
Faizal Zakaria

Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya lima bulan.

Abby dan Jaiezzanny berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang dijaga sejak tahun lalu.

Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.

 

Sumber:mstar

Terdahulu Aktor Norman Hakim mengesahkan, pelakon Abby Abadi bakal menjalani pembed4han untuk melahirkan bayi yang dikandung selepas mengalami ‘turun dar4h’.

Norman berkata dia terpaksa berkongsi berita tersebut kerana mahu memohon doa dari semua pihak agar segala urusan Abby yang sedang bersalin enam bulan dipermudahkan, serta bayi dan ibu selamat.

 

“Mummy (Memey Suhaiza) bagitahu baru dapat call dari Abah @jaiezzany (suami Abby Abadi), beritahu yang Mama @abby_abadi112 turun darah.

“Kemungkinan besar kena operate untuk selamatkan nyawa dua-dua (ibu dan bayi)

“ALLAHU… Saya terpaksa share sebab saya nak merayu kepada semua mohon doakan keselamatan kedua-duanya, mama dan baby dalam kandungan.

“Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan & kesembuhan buat Arbaieyah Binti Abdul Manan & zuriat di dalam kandungannya Ya Allah ,Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya, Kau pertimbangankanlah segala kebaikannya, kami memohon agar dipermudahkan segalanya buat insan sebaik beliau, kami memohon & merayu kepada-Mu Ya Allah, tolong Ya Allah Aamiin Ya Rabb,” tulisnya.

Norman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang bimbang dengan keadaan Abby serta mendoakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan.

Selain itu, suami kepada Abby Abadi juga turut berkongsi di laman instagramnya mengenai keadaan isterinya yang dikatakan mengalami tekanan darah yang tidak stabil dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat namun Abby tetap mengerjakan suruhanNya walau dalam jua keadaan.

Terdahulu, Abby yang hamil enam bulan itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi yang berbahaya.

Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami kegugvran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:mstar/gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *