Semasa

Kena Tahan PoIis Masa Tengah Ronda Kat Sogo, Jawapan Pemuda Ini Bagi Memang KeIakar Habis

“ Sudah berbelas kali saya ambil ujian lesen memandu, tapi tak pernah lepas (lulus).”

Begitu kata penunggang motosikal yang ingin dikenali sebagai Mat, 23, selepas disaman kerana tiada lesen memandu dalam Op Bersepadu di Jalan Raja Laut, di sini, kelmarin.

Pemeriksaan lanjut ke atas motosikal Yamaha RXZ ditungganginya juga didapati tidak mempunyai cukai jalan, tiada cermin sisi dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran hadapan.

Dia yang bekerja di sebuah kilang mendakwa motosikal itu jarang digunakan kecuali jika ada kecmasan.

“ Saya simpan motosikal ini di kondominium abang sebab lebih selamat. Saya pula tinggal di pangsapuri dan banyak kes kecurian.

“ Hari ini (kelmarin) saya ambil motosikal ini kerana motosikal yang sering digunakan rosak.

“ Ketika sedang ronda sekitar Sogo ada sekatan poIis pula. Nak buat macam mana reda sahajalah,” katanya.

Operasi bermula jam 8 malam dijalankan di Jalan Raja Laut, Jalan Semarang, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bangsar di sini.

Ia membabitkan seramai 84 pegawai dan anggota poIis selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Ketua PoIis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya memeriksa 730 kenderaan dan mengeluarkan 507 saman atas pelbagai keslahan lalu lintas.

Katanya, keslahan dikesan termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi dan ubah suai nombor pendaftaran.

“ Sebanyak 32 kenderaan disita membabitkan 27 motosikal dan lima kereta.

“ Operasi ini bagi mencegah dan mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu dalam operasi berasingan yang dijalankan sebelum ini, pelbagai alasan diberikan pengguna jalan raya bagi mengelak ditahan.

“ Jangan sita motosikal tok wan saya encik, apa saya nak jawab nanti,” rayu remaja lelaki selepas ditahan anggota trafik dalam Ops Samseng Jalanan di Pantai Merdeka, Sungai Petani.

Remaja berusia 16 tahun itu antara 25 pemilik motosikal yang disita poIis kerana didapati melakukan keslahan ubah suai tidak dibenarkan selain tiada lesen memandu dan cukai jalan.

Pemangku Ketua PoIis Daerah Kuala Muda Superintendan Sazalee Adam berkata, dalam operasi bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam, pihaknya memeriksa 489 motosikal dan sebuah kereta

“ Sebanyak 532 saman dikeluarkan kepada pemilik motosikal kerana melaku pelbagai keslahan antaranya tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada cukai jalan, tidak memakai topi keledar, tiada cermin sisi, nombor pendaftaran, ubah suai motosikal dan ekzos serta lain-lain keslahan.

“ PoIis juga mendapati ramai penunggang motosikal yang ditahan masih bawah umur dan tidak memiliki lesen memandu.

“ Justeru, saya menasihatkan ibu bapa agar tidak membenarkan anak mereka yang tiada lesen memandu daripada menunggang motosikal bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Asia Kini

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *