Viral

Bekas Isteri Dedah Lelaki Tukang Rakam Video Itu Dah Sebelas Tahun Abai Nafkah Anak

Selepas insiden seorang pemuda memblasah seorang doktor kecoh di media sosial, timbul pula cerita kurang enak mengaitkan bapa tirinya pemuda tersebut yang dikenali sebagai Shah.

Umum mengetahui lelaki berusia 37 tahun itu merakam insiden kekecohan di sebuah klinik di Bandar Baru Bangi, lokasi tempat kerja doktor yang didakwa mempunyai hubungan svlit dengan isteri anak tirinya itu, petang Jumaat lalu.

Beberapa hari selepas insid3n itu tular, timbul ‘drama’ baharu apabila seorang wanita menerusi satu posting di Facebook mendakwa Shah mengabaikan nafkah anaknya selama 11 tahun.

” Jadi siapa-siapa yang boleh sampaikan pada tukang rakam video viral doktor kena pkul tu, kau claim kau tu bapak tiri si Aiman tu kan, pesan skit kat dia, anak tiri bukan main kau backup siap sokong lagi anak tiri kau pkul orang ye?

Posting yang tular sejak Isnin menjadi perhatian netizen.

” Sayang sangat ke anak tiri. Tapi nafkah anak-anak sendiri yang dah 11 tahun tertunggak ni, kau pura-pura m4ti ye? Ha betul la tu. Si tukang rakam video tulah ex Kak Yoi. Cakap kat dia tolong sedar diri sikit. Bukan masa lagi dah nak acah-acah hero,” demikian menurut posting itu.

Posting tersebut menjadi tular sehingga ramai bertanya sendiri kepada Shah mengenai kesahihan dakwaan itu.

Shah ketika dihubungi mStar berkata dia mengakui sudah bercrai pada 2008 dengan seorang wanita bernama Kak Yoi.

” Saya memang dah bercrai dengan bekas isteri pada 2008. Kiranya isu ni dah lama settle. Kami OK dah berlapang dada… dah move on pun sebab perkara ni dah lama.

” Saya berkahwin semula pun selepas empat tahun saya dan bekas isteri bercrai. Saya pun pelik kenapa dia tiba-tiba post macam tu. Saya pun tak tahu apa niat dia,” katanya yang mempunyai tiga orang anak bersama bekas isterinya itu.

Mengenai tuntutan nafkah yang tertunggak, Shah berkata tidak timbul soal itu selepas kedua-dua pihak bersetuju tidak membuat sebarang tuntutan di mhkamah syariah.

” Isu nafkah kalau ada tuntutan mesti kena bayar (duit nafkah) tapi kedua-dua pihak setuju tidak buat sebarang tuntutan.

” Cuma saya agak terkilan apabila bekas isteri tidak benarkan keluarga jumpa anak selama 11 tahun.

” Mak saya yang rindukan cucu-cucu dia pun tak dapat dapat nak jumpa mereka sampailah hari dia meninggal,” katanya.

Susulan posting itu, Shah turut dikcam netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai hukum karma di atas perbuatannya menyebarkan video hubungan svlit isteri kepada anak tirinya, Aiman.

Shah bagaimanapun enggan ambil pusing kcaman netizen kerana sudah lali dengan perkara itu.

” Biarlah orang nak kecam. Saya jenis tak kisah. Ada netizen cakap saya tinggal bini sebab nak kahwin janda kaya. Kami dulu naik skuter Karisma je kot.

Video Aiman meny3rang seorang doktor di sebuah klinik yang dirakam Shah tular di media sosial pada Sabtu.

” Sekarang ni je Alhamdulillah senang sikit. Ada rumah, ada kereta dua tiga biji, ada produk dan kedai sendiri,” katanya.

Shah bersama isterinya, Anna yang juga ibu kepada Aiman.

Pada masa sama, Shah berkata dia bukan sengaja mahu mensensasikan masalah rumah tangga anak tirinya itu tetapi mendakwa berbuat demikian atas permintaan Aiman.

” Saya viral pun atas permintaan Aiman sendiri. Dia rasa dia malu. Aiman tahan dah lapan bulan.

” Dia tak beritahu kami. Lagi dua minggu dia nak balik dari Dubai barulah dia ceritakan segalanya,” katanya.

Terdahulu, Shah ditahan poIis pada Ahad bagi membantu siasatan kes pkul doktor berkenaan.

Aiman direman selama sehari sehingga Isnin manakala Shah dibebaskan selepas permohonan terhadapnya ditolak pihak mhkamah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *