Viral

Adira Sah Mohon Crai Dari Suami Tetapi Melalui Kaedah Hakam, Ini Puncanya

“ Selepas beberapa kali menafikan kemelut rumah tangga yang dihadapi sebelum ini, penyanyi Adira akhirnya memfailkan permohonan crai terhadap suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Susulan itu, Mhkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat menetapkan 17 Disember depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan crai berkenaan.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 28, memfailkan permohonan crai pada 1 April lalu mengikut Sksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu ketika prosiding yang berlangsung pada petang Rabu, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib bertanya mengenai pendirian Adira berhubung permohonannya, bintang Akademi Fantasia berkenaan menjawab “saya tetap mahu teruskan percraian ini”.

Bagaimanapun Adnan ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.

Untuk rekod Adira sebelum ini memfailkan permohonan crai melalui kaedah hakam dan prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pelantikan pegawai mhkamah, namun ditangguhkan.

Melalui kaedah hakam, hasrat isteri untuk bercrai dengan suaminya dapat direalisasikan walaupun suami enggan mencraikannya.

Kaedah ini tidak perlu perbicaraan, ia lebih kepada proses perantara iaitu dengan melantik pihak ketiga untuk putuskan perkahwinan itu diteruskan atau dibubarkan.

Ia boleh digunakan untuk kes suami isteri tinggal sebumbung, tetapi tiada sefahaman dan tidak menjalankan tanggungjawab tetapi suami belum mahu lepaskan isterinya.

Adira yang berpakaian serba hitam hadir ke mhkamah bersama peguam syarie, Siti Nur Zafirah Mohd Padzil.

Manakala, Adnan hadir bersama dua lelaki dipercayai teman rapatnya.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Adira memfailkan permohonan crai pada 1 April lalu. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *