Viral

“Sy Nak Bagi Mak Hepi”, Lelaki Mencangkung Masak Nasi di Pejabat Sbb Semua Duit Gaji Diberi Kpd Ibunya

Ayat paling saya terkesan waktu dia cakap “Bukan apa Tuan. Saya pun tak tahu sampai bila mak ada. Sementara mak ada ni, saya nak bagi mak hepi. Saya takpe tak ada tanggungan. Lagipun saya dah pandai nak cari duit setiap hari”

Demikian perkongsian seorang lelaki di Facebook beliau yang mendapat perhatian warganet dan dikongsikan sebanyak 12k ‘shares’.

“ Niat saya berkongsi kisah itu di laman sosial adalah untuk memberi mesej kepada pengikut supaya tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa mereka,” kata Azri Alwan, 31.

Azri memberi reaksi itu bagi mengulas mengenai hantaran dimuat naiknya di Facebook, semalam berhubung kisah kakitangannya, Muhammad Habil Asmadi, 19, yang memasak nasi di pejabat dengan alasan mahu berjimat selepas wang gaji diterima diserahkan kepada ibunya di kampung.

Perkongsian itu sehingga kini mendapat 14,000 tanda suka dan rata-rata warganet sebak, selain memuji tindakan Muhammad Habil yang sanggup berkorban demi kelangsungan hidup keluarganya.

Menceritakan kisah sebenar, Azri berkata, gambar berkenaan diambil secara spontan ketika singgah di pejabatnya di Putrajaya, kelmarin.

“ Malam itu, saya datang ke pejabat untuk meninjau keadaan, namun sebaik masuk ke dalam, saya lihat lampu terbuka tetapi tiada siapa di dalam.

“ Namun, ada bunyi daripada bawah meja dan rupa-rupanya, Habil yang sedang duduk mencangkung memasak nasi. Sebaik menyedari kedatangan saya, dia terus berdiri dengan wajah ketakutan.

“ Saya tanya mengapa tidak makan di kedai bawah dan dia memberi alasan sudah menyerahkan duit gaji kepada ibunya. Penjelasannya membuatkan saya sebak dan terus memeluknya sebelum kami berdua makan bersama.

“ Habil ada menceritakan serba sedikit latar belakangnya cuma baru malam itu, saya tahu kesusahannya sejak berhijrah ke sini dan faham kerana saya juga bukan datang daripada keluarga yang senang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurut Azri, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian kisah berkenaan akan tular kerana sekadar menceritakan pengalaman dilaluinya pada hari itu.

Namun, dia bersyukur kerana menerima maklum balas positif daripada pengikutnya yang mahu mengambil contoh daripada sikap Muhammad Habil.

“ Saya tidak berharap perkongsian itu mendapat perhatian ramai tetapi gembira kerana sejak tularnya kisah berkenaan, ada dalam kalangan pengikut yang terus menghubungi ibu bapa mereka untuk bertanya khabar.

“ Selain itu, ada juga yang berkongsi dengan saya bahawa mereka terus mengirimkan wang kepada ibu bapa mereka selepas terbaca kisah berkenaan.

“ Itu satu perubahan yang baik dan diharap, mesej saya sampai kepada mereka yang membacanya,” katanya yang memiliki 20 cawangan kedai gunting rambut, kolej kemahiran dan beberapa perusahaan lain.

AZRI (kiri) bersama Muhammad Habil. FOTO Ihsan Azri Alwan

Sementara itu, Muhammad Habil berkata, dia berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selepas membaca kisahnya di laman sosial.

“ Sudah sembilan bulan saya bekerja di sini dan sebenarnya, ada dalam kalangan ahli keluarga tidak bersetuju saya keluar dari kampung tetapi saya terpaksa kerana mahu mencari rezeki.

“ Setakat ini, saya gembira dengan kerja dilakukan dan rasa bertuah kerana mendapat layanan baik daripada majikan dan rakan sekerja.

“ Cuma, keluarga sentiasa keutamaan memandangkan ayah sudah tiada dan ibu perlu membesarkan adik yang masih bersekolah,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Kredit : FB Azri Alwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *