Viral

Pergi Dalam Keadaan Tahiyat Akhir, Lelaki Ditinggal Isteri Dengan Enam Anak Telah MninggaI Dnia

” Sebelum pergi, hang nampak sihat je. Bersemangat nak mengunjungi baitullah. Nak ziarah Rasulullah dan para sahabat. Dalam sekelip mata je Allah ambil hang Bantan. Hang dikenali ramai. Suka bantu orang. Tolong orang susah.

” Kem4tian hang pun senang sangat. Duduk tahiyat akhir ketika jatuh dari kereta cukup memberi 1000 makna. Kami rindukan hang Bantan. Selamat jalan di alam yang baharu. Kami juga akan menyusul. InsyaAllah.

Demikian perkongsian seorang individu dipercayai adik lelaki kepada lelaki yang dipanggil Abang Bob tentang kisah pemergian yang sangat menyentuh perasaan.

Sekiranya anda pernah baca, sebelum ini pernah tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang terpaksa menyerahkan empat orang anak kandungnya kepada orang lain untuk dijaga kerana menghidap penyakit kronik setelah bercrai dua tahun lalu.

Kamarul Sharizam Kamarudin, 40, yang lebih dikenali sebagai Abang Bob terpaksa mengambil keputusan tersebut berikutan tidak mampu menyara anak-anaknya kerana tidak mempunyai pekerjaan dan tidak berdaya bekerja berikutan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Walaupun menerima bantuan bulanan namun kos rawatan serta kos untuk menjalani kehidupan sekeluarga di samping anak-anak yang sedang membesar membuatkannya terpaksa mengambil keputusan tersebut.

Namun, menerusi posting yang dimuat naik oleh PaanOvrtd di Twitter semalam memberitahu Abang Bob telah mninggaI dnia tular di media sosial.

” Ingat tak kisah seorang suami sakit dengan anak-anak kecil yang kena tinggal isteri itu. Rupanya abang kepada rakan setugas masa program Negeri Sembilan Beriktikaf, dia mninggaI dnia. Dia mninggaI dnia, terbit air mata mengenangkan nasib anak-anaknya.”

Dalam pada itu adik kepada Allahyarham yang menggunakan nama Mohd Zatullah Kamarudin turut ada memaklumkan mengenai pemergian abangnya. Apa yang menghibakan adalah penerimaan anak-anak yang masih kecil kerana begitu rapat dengan bapanya.

” Berkumpullah enam anak-anak arwh bro bob hse menatap saat terakhir wajah arwh ayahnya. Paling kecil setahun lebih. Dia menjerit nak ayah bila lihat ayahnya dikafankan. Maklumlah hidup dengan ayahnya dari kecil.

” Tak rasa kasih sayang seorang ibu. Bangun tidur ayah, merengek dekat ayah, merajuk tunggu ayah pujuk. Semoga arwh abang saya diturunkan rahmat dan pengampunan buatnya. ALLAH humma aamiin,” luahnya di Facebook.

Dalam pada itu menerusi status lain yang dimuat naik, Mohd Zatullah juga memberitahu beliau dan adik-beradik lain akan mengambil tugas menjaga kesemua anak-anak Allahyarham.

” Anak-anak Bro Bob Hse hang Bantan kami adik-beradik akan jaga..”, tulis beliau.

Dengan perkhabaran duka tersebut, rata-rata netizen telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mengharapkan agar jnzah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

NajmuddinJaafar menulis ” Al-Fatihah, Saya bekas pelajar politeknik Port Dickson. Saya panggil arwh dengan nama abang bob dan dia orang tengah untuk rumah sewa dekat taman poli dulu. Seorang yang baik. Semoga rohnya tenang di sana,”.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *