Viral

Restoran FizoMawar Ditutup, Mawar Akhirnya Bersuara Beri Amaran Kepada ‘Orang Terdekat’

” Terima kasih kalian yg sangat memahami situasi kami. Di sini jgk terlalu peribadi utk sy ceritakan berapa ‘modal / pelaburan yg telah sy dan Fizo keluarkan’, ‘keuntungan pernah atau pun tidak pernah langsung sy terima selama 4 tahun FMK.’

” Mari kita doakan Semoga Fizo dapat terus kan usaha dalam F&B selepas ini, kerana minat beliau dlm bidang ini sangat mendalam.

Itu antara luahan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim berharap tiada lagi mana-mana pihak membuat sebarang kenyataan tidak berasas yang hanya akan mengundang spekulasi mengenai penamatan operasi restoran Fizomawar Kitchen (FMK).

Peringatan Mawar itu turut ditujukan kepada individu terdekat dengan mereka kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

” Diharapkan sangat lepas ini tiada lagi cerita daripada mana-mana pihak terutamanya yang ada kaitan antara saya atau Fizo mengeluarkan status atau cerita di media sosial yang konon tahu cerita.

” Tidak perlulah orang terdekat mencampuri urusan saya dan Fizo. Anda hanya melihat, mendengar tetapi saya dan Fizo sahaja yang tahu dan merasa perkara yang sebenar.

” Erti kata lain, tidak perlu menuang minyak ke dalam api atau jangan menegakkan benang yang basah,” katanya.

Restoran Fizomawar Kitchen ditutup hujung bulan ini.

Mawar menulis luahan tersebut menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

Pada 11 Oktober lalu, Fizo mengesahkan restoran yang diusahakan bersama bekas isterinya itu akan menamatkan operasi pada hujung bulan ini.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan mereka dan penutupan dua cawangan FMK iaitu di Bangi, Selangor dan Kota Bharu, Kelantan itu merupakan jalan terbaik selepas mereka berpisah.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia turut menerima cadangan daripada pelanggan yang mahu restoran itu dijenamakan semula.

Mawar fokus dengan amanah membesarkan Maryam.

Bagaimanapun, usahawan tudung jenama Fareeda ini berkata perkara itu tidak dapat dilaksanakan.

” Rata-rata saya mendapat feedback memberi pendapat rebranding restoran ini. Saya dan Fizo mempunyai alasan yang sangat peribadi. Terima kasih kalian yang sangat memahami situasi kami.

” Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga khususnya buat pelanggan yang sentiasa menyokong FMK selama ini,” ujarnya.

Meskipun tiada lagi ikatan perhubungan, Mawar berkata dia dan Fizo akan terus memikul amanah bersama membesarkan anak mereka, Maryam yang kini berusia dua tahun.

” Walaupun kami berdua sudah tiada kaitan lagi tapi masih ada amanah tanggungjawab membesar, memberi didikan kepada Maryam.

” Maryam pengubat hati saya selama ini. Terima kasih semua sentiasa mendoakan kebaikan. Semoga kita semua sentiasa diberkati dan dipelihara oleh-Nya!,” katanya.

Fizo dan Mawar Abdul Karim bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor.

Mereka berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *