Semasa Viral

Susulan Guru MninggaI Ketika Masih Bertelekung, PoIis Dedahkan Punca Sebenar Kematian

“ Saya akan berbincang bersama pihak polis sama ada mahu kes ini disiasat semula atau sebaliknya,” kata Hamzah Alias, 50, suami kepada Fauziah Yop, 46, yang ditemui m4ti di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, petang semalam.

Fauziah disahkan meninggaI dunia akibat kegagalan jantung dan polis mengklasifikasikan sebagai m4ti mengejut dan tiada unsur jenayah.

Bagaimanapun, Hamzah berkata, dia menerima laporan bedah siasat dibuat di Hospital Sultanah Bahiayah (HSB) Alor Setar.

“ Saya menerima keputusan pihak hospital.

“ Saya berpendapat doktor berpandangan arwah kemungkinan terkejut apabila ada individu menceroboh masuk ke rumah,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, setakat ini dia belum bertemu pihak polis untuk berbincang mengenai kes berkenaan yang diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut selain tiada unsur jenayah.

“ Saya akan berbincang mengenai perkara itu dengan polis,” kata bapa kepada tiga anak.

Hamzah yang ketika ditemui sebelum ini mengakui bilik arwah dalam keadaan berselerak selain mendakwa terdapat beberapa barangan kemas yang hilang.

“ Ketika saya pulang ke rumah, saya melihat pintu rumah dalam keadaan terbuka.

“ Apabila saya masuk ke bilik, saya melihat arwah keadaan terlungkup dengan bahagian tubuh berada di atas katil.

“ Selain itu, keadaan bilik berselerak seolah diselongkar selain kehilangan beberapa barang berharga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, ketika dihubungi, mengesahkan kes berkenaan sebagai kem4tian mengejut dan tiada siasatan lanjut akan dilakukan.

Terdahulu polis menjelaskan kem4tian guru di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, Sik petang semalam tidak membabitkan unsur jenayah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar mendapati punca kem4tian mangsa disebabkan ‘Coronary Atherosclerosis’ atau kegagalan arteri pada jantung.

Katanya, tiada juga kecederaan lain pada tubuh mangsa.

“ Proses bedah siasat mendapati mangsa mengalami kegagalan arteri pada jantung dan tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa.

“ Kes diklasifikasikan sebagai kem4tian mengejut,” katanya.

Semalam, Fauziah Yop, 46, ditemui m4ti dengan masih memakai telekung dalam keadaan telungkup dengan tubuh di atas katil pada 1.30 petang.

Kejadian hanya disedari anak bongsunya yang pulang dari sekolah dan mendapati mangsa kaku.

Mangsa pada mulanya dipercayai disamun dan dibunoh apabila terdapat kesan darah pada mulut selain keadaan biliknya yang berselerak.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *