Hiburan

Janna Nick Mengaku Bercinta Dengan Dini Schatzmann

Pelakon popular, Janna Nick mengakui sedang bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann. Janna ketika dihubungi berkata, hubungannya dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun lalu.

“ Sebelum ini saya pernah beritahu hubungan dengan Dini hanya sekadar kawan biasa, tapi sejak Jun lalu kami mula serius.

“ Bagaimanapun saya tidak mahu bercerita lebih mengenai hubungan cinta kami kerana enggan kisah cinta lebih menjadi topik utama berbanding hal kerjaya seni.

“ Apapun doakan semoga hubungan yang baru terbina ini berjalan baik dan saya berharap pengumuman ini dapat memberi pencerahan kepada pihak yang sering berteka-teki mengenai hubungan saya dengan Dini sebelum ini, ” katanya.

Menurut Janna, antara sebab dia jatuh hati dengan Dini kerana keperibadiannya yang baik hati serta selalu memberi kebahagiaan kepadanya.

“ Dia satu dalam sejuta. Saya sukar untuk berjumpa lelaki seperti dia. Kami saling memahami antara satu sama lain. Tak pernah rasa bahagia seperti ini. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik hati, ” katanya.

Biodata Dini Schatzmann, Pelakon Drama Cik Reen Encik Ngok Ngek

Nama penuh beliau ialah Dini Azan Schatzmann dan dia menggunakan nama popular Dini Schatzmann. Jejaka yang berjaya curi hati Janna Nick ini berumur 24 tahun.

Dini berasal daripada Pulau Pinang dan berjaya menamatkan pengajian dalam ijazah bidang kejuruteraan, Universiti of British Columbia, Kanada.

Anak bongsu daripada dua adik beradik ini mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal daripada Pulau Pinang manakala bapanya pula daripada Switzerland.

Menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa orang pengarah dan penerbit.

Atas azam untuk mencipta nama dalam karier itu, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar dan juga kelas bahasa Melayu.

Dini mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau mengakui kemahiran bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa kebangsaan itu.

Kemunculan pertama beliau dalam drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek mencetuskan fenomena, lantas menarik perhatian banyak pihak, termasuk peminat drama tempatan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro, iluminasi dan ig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *