Hiburan

Naqiu Rasa Malu Dengan Diri Sendiri Kerana Arwh Achik Spin

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Naqiu Boboy mendedahkan prestasi merudumnya pada konsert keempat Ahad lalu berpunca daripada dirinya sendiri.

Jelas Naqiu, dia gagaI menahan sebak ketika menyanyikan lagu Gurauan Berkasih bersama Siti Nordiana yang mana lagu itu pernah dipopularkan oleh rakan seperjuangannya, AIIahyarham Achik Spin.

” Apa yang berlaku di pentas tak seperti dirancangkan, saya nak buat lebih lagi tetapi emosi saya terganggu apabila menyaksikan video awal sebelum persembahan.

” Ketika itu saya sudah tak boleh menyanyi dan saya down bukan disebabkan lagu itu tetapi kerana teringatkan arwh, ” katanya kepada Gempak.

Situasi yang disifatkan memalukan itu merupakan kejadian kedua berlaku sepanjang sejarahnya menjadi penyanyi.

” Kali pertama saya memalukan diri secara tidak sengaja ketika saya menyanyikan lagu Mama selepas ibu saya mninggaI dunia.

” Ramai yang kenal saya berjiwa rock and roll, memang tak ada perasaan. Malah, kalau berdepan dengan kmatian saya akan menjadi orang yang menenangkan orang lain.

” Tetapi kali ini, walaupun arwh sudah lama pergi saya masih terkesan sampai hari ini. Ini sudut sensitif saya lebih-lebih melibatkan orang yang sudah tiada tetapi mninggalkan impak besar dalam hidup saya, ” tambahnya.

Naqiu menyifatkan Achik punyai keperibadiaan yang peramah dan sering menghiburkan rakan-rakan lain apabila berada di belakang pentas.

” Saya bukan kawan baik dia, jumpa pun ketika show je. Tetapi keramahan dia, lawak dia itu yang membuatkan saya terkesan.

” Kalau selalunya penyanyi akan ambil ruang sendiri untuk bersedia sebelum naik pentas, dia pula yang akan jadi pelawak hiburkan semua orang sedang cuak, ” cerita Naqiu lagi.

Persembahan Naqiu dan Nana menerusi lagu Gurauan Berkasih gagaI menempatkan vokalis kumpulan Boboy itu di kedudukan selamat seperti minggu terdahulu.

Naqiu terpaksa berpuas hati apabila berada di tangga ketujuh daripada 11 bintang yang bertanding minggu lalu.

GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak, youtube budiey channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *