Hiburan

Wajah Terkini Malique Selepas Lama Menghilangkan Diri

Foto penyanyi rap dan penulis lirik terkemuka Malique bersama keluarga tular di media sosial pada petang Selasa. Menerusi foto yang dimuat naik pengguna Facebook Mohd Zubaidi, Malique atau digelar Mr.General itu berada di lapangan terbang ketika gambarnya dirakam.

Meskipun foto tersebut dirakam dari jarak jauh, namun warga net tetap dapat mengenali wajah penyanyi rap kesayangan ramai itu.

Perkongsian Mohd Zubaidi itu telah mendapat lebih 2 ribu shares daripada pengguna FB dan hampir 600 komen sejak pukul 5 petang semalam.

Rata-rata pengguna FB menyatakan kerinduan mereka terhadap penyanyi rap tersebut dan berasa teruja dapat melihat foto terbaru Malique.

Sementara itu, Mohd Zubaidi turut memberitahu dia mendapat foto tersebut daripada group lain di FB. Sebelum ini kehilangan bekas anggota Too Phat itu secara miisteri menjadi perbualan ramai sejak kumpulan terbabit berpecah pada 2005.

Sejak itu, kelibat penyanyi ini perlahan-lahan hilang dari industri hiburan. Walaupun muncul dengan lagu-lagu baru, namun Malique tidak pernah membuat kemunculan sama ada di majlis hiburan atau bersama media.

Pada tahun 2017 kecoh apabila keterujaan peminat Malique untuk menonton gabungannya bersama Dayang Nurfaizah menerusi duet mereka iaitu Pejamkan Mata pada Anugerah MeleTOP Era (AME2017) hampa kerana individu yang muncul di pentas bukannya pemuda itu.

Sebaliknya suara Malique pada duet berkenaan hanyalah rakaman yang sudah dibuat awal dan kemunculan beberapa lelaki bertopeng di pentas hanyalah gimik semata-mata.

” Memang benar Malique tidak hadir namun Malique merakamkan suaranya secara langsung untuk digabungkan dengan persembahan bersama Dayang,” kata Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris kepada mStar Online.

AME2017 yang berlangsung di Stadium Malawati sebelum itu kecoh apabila Malique dikhabarkan akan membuat kemunculan selepas beberapa tahun menghilangkan diri daripada bertemu peminat.

Kemunculan beberapa lelaki yang berselubung dan tidak menampakkan wajah yang menyanyikan bahagian lagu Malique mengelirukan penonton dan membuatkan mereka tertanya-tanya kelibat penyanyi rap itu.

Menjelaskan mengenai perkara berkenaan, Namanzee berkata, pihaknya sudah berbincang dengan syarikat rakaman Malique iaitu Warner Music untuk mendapatkan penyanyi itu mengadakan persembahan bersama Dayang pada AME2017

Bagaimanapun, pihak produksi menghormati keputusan bekas anggota kumpulan Too Phat tersebut yang enggan muncul dan hanya mengizinkan rakaman suara sahaja dilakukan untuk persembahan bersama Dayang.

” Perbincangan sudah dibuat tetapi kita hormat keputusannya namun kami cukup bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya secara langsung untuk persembahan itu.

” Dayang pula memberi persembahan yang cemerlang walaupun tanpa Malique, ” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak, fb mohdzubaidi dan mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *