Hiburan

Janna Nick Bercinta Dengan Dini Schatzmann Tapi Arslan Asad Butt Yang Melamar

Tindakan berani pelakon berasal dari Pakistan iaitu Arslan Asad Butt melamar aktres Janna Nick secara langsung semasa program hiburan Melodi (TV3), Ahad lalu menarik perhatian penonton.

Menjelaskan situasi yang berlaku, Arslan, 26, berkata tindakan spontannya itu hanyalah sekadar gurauan bagi menyahut cabaran pengacara tersebut.

” Semasa itu saya di set program Melodi di karnival Jom Heboh, Melaka dan Janna sendiri cabar saya untuk melamar dia secara langsung dan saya buat! Sebenarnya itu hanya gurauan dan janganlah ambil serius.

” Selepas berakhirnya program itu kami tak sempat nak berborak panjang, namun sempat bertukar nombor telefon.

” Sehari kemudian saya ada mesej Janna melalui Whatsapp dan beritahu mengenai video klip lamaran tersebut yang tular di media sosial dan kami rasa ia sesuatu yang kelakar, ” katanya kepada mStar.

Arslan ditemui semasa sesi meet and greet bersama barisan pelakon drama Sara Sajeeda yang diadakan Brunch & Brasserie, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada Ahad lalu, Arslan diundang ke set Melodi bagi mempromosikan drama tersebut yang sedang bersiaran menerusi slot Samarinda (TV3).

Semasa sesi temuramah bersama aktor tersebut, Janna bertanyakan mengenai teman wanita dan mencabar Arslan melamarnya untuk dijadikan isteri.

Reaksi spontan Arslan itu mengejutkan Janna termasuklah seorang lagi pengacara Melodi iaitu Ajak Shiro.

Sementara itu, bercakap mengenai drama Sara Sajeeda, Arslan berkata dia teruja apabila dapat bergandingan bersama Tiz Zaqyah dan mengakui kagum dengan bakat aktres tersebut.

” Tiz sangat hebat, dia ajar saya memahami bahasa Melayu dan kami berkongsi banyak perkara di set penggambaran. Kita saling bantu-membantu.

” Sejujurnya sebelum penggambaran drama ini saya tak kenal siapa itu Tiz Zaqyah, malah tak pernah tengok gambar dia sehinggalah kami bertemu di lokasi.

” Pertama kali berjumpa di set, rupanya dia seorang wanita yang sangat cantik, menyenangkan dan mudah bekerjasama, ” ujarnya.

Selain Arslan dan Tiz, drama Sara Sajeeda turut menampilkan Fahrin Ahmad, Fouziah Gous, Haliza Misbun, Mas Anizan, Uyaina Arshad dan Alif Muhaimin.

Drama terbitan Zeel Production itu ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar dan ig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *