Sempat Beritahu Mahu Kerja Gaji Besar Sebab Nak Jaga Ibunya, Pelari Pecut Remaja Sabah MeninggI Dnia

Umum mengenali Abam Botak seorang aktivis NGO dan sukarelawan yang menjalankan perkhidmatan van jnzah percuma di sekitar Sandakan Sabah.

Sering kali berkongsi aktiviti kerja kebajikan mengambil dan menghantar jnzah ke tempat pngebvmian tanpa sebarang bayaran, perkongsian terbaru beliau telah menyentuh hati ramai.

Di bulan ramadan ini banyak insan yang kita kenal telah pergi menemui sang pencipta. Sesungguhnya ia pemergian yang dicemburui, sebagaimana kisah yang dikongsikan ini.

Berikut perkongsian Abam Botak di Facebook beliau bertarikh 9 Mei 2020; PECUTLAH KE SYURGA

” Dukacitanya dimaklumkan hari ni kita kehilangan seorang pelari pecut daripada Sandakan”

Semasa dalam kenderaan ibunya meraung menangis sambil mendoakan anaknya.

” Ya Allah ya tuhanku, masukanlah anakku si Amir Hamzah ini dalam Syurgamu”

Sambil tangan yang pernah mengayun buaian untuk anaknya itu masuk ke dalam keranda memeluk erat jenazah anaknya. Balik-balik si Ibu itu mendoakan anaknya begitu.

” Ya Allah, masukkanlah anakku ini si Amir Hamzah dalam Syurgamu.

Saya yang berada dalam kenderaan turut mengaminkan saja dalam hati.

Air mata saya juga sudah mulai bertakung tapi cuba ditahankan saja. Pagi ini juga air hujan turun dengan lebatnya. Mungkin turut menangisi pemergian anak soleh ini.

Arwh seorang pelari pecut Sandakan, berusia 17 tahun. Ikutkan tahun ini arwh akan mengambil exam SPM.

Semasa dalam wad, dia pernah minta kepada ibunya untuk membawa buku pelajarannya ke hospital. Namun tidak ditunaikan. Mungkin keadaannya tidak mengizinkan ketika itu.

Maknanya sakit-sakit pun arwh masih bersemangat untuk belajar tuan-tuan.

Ibunya pernah cakap, biarlah kau kerja apa pun bergaji kecil pun tidak apalah asalkan ada kerja.

Tapi bilang arwh, dia mahu kerja bergaji besar juga. Supaya arwh dapat jaga ibunya bila kerja nanti.

Namun, apa kan daya. Sayang ibu kepada anaknya tidak dapat menafikan takdir Allah. Allah lebih menyayangi Hamba-hambanya. Takdir dan ajalnya sudah sampai. Subuh tadi dia telah meninggalkan kita semua.

Menurut Ibunya, arwh aktif bersukan sehingga layak ke Filipina jika melepasi tapisan dan latihan.

Semoga arwh ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Berlarilah dan memecutlah selaju mahumu, menuju syurga Allahmu duhai Amir Hamzah!

Nukilan guru arwh Amir

Sepanjang 5 bulan mula berkhidmat di sekolah satu je yang aku ingat tentang arwh, senyuman. Mungkin aku tak ditakdirkan untuk mengajar kelas Amir di tingkatan 5, hanya satu rumah sukan RUMAH BIRU. Setiap kali berselisih aku hanya nampak senyuman dan ucap salam.

Sebab sekolah aku bukan kategori sekolah elit, ramai pelajar daripada keluarga orang susah, dan ada yang bermasalah. Amir daripada keluarga asnaf, tapi sentiasa ukir senyuman macam orang tak ada masalah.

Tanyalah mana-mana guru, siapa tak lembut hati kalau jumpa pelajar macam ni. Pening kepala strezz semua hilang bila ada yang tanya khabar, ukirkan senyuman. Satu lagi, Amir sangat tak suka menyusahkan orang, sampai saat-saat terakhir Amir.

Amir tak bagitau yang sak1tnya makin ter0k. Benda pertama yang Amir bagitau “macam mana nak belajar cikgu, kena d1alisis seumur hidup?” Bayangkan. Ya Allah belajar yang kau fikir Mir dalam kau sak1t-sak1t ni

Rupanya kawan aku doktor yang rawat Amir, dah dekat sebulan Amir dekat wad sebelum masuk lCU. Waktu ni guru-guru baru tau yang Amir sak1t tenat. Sifat tak nak menyusahkan orang tu Amir tak buang sampai habis nywa dia. Dan doktor bagitau “baik-baik je dia dekat wad”.

Sebelum meninggI Amir sempat tulis nota waktu tu dia dah tak boleh cakap, untuk kebvmikan sebelah atuk Amir. Nampak tak sifat tak menyusahkan Amir, mudah urusan jnzahnya, orang dah boleh gali liang lah4d.

Mungkin ini amalan Amir, aku kagum aku tersentuh, yang aku hanya nampak sebelum ni Amir seorang atlet lari pecut Sandakan, hari-hari nampak training.

Awal tahun sebenarnya Amir dah mula sak1t perut, sampaikan Amir tak disenaraikan untuk wakil MSS, kami lepaskan untuk ragbi je. Walaupun tak banyak kenangan dengan Amir tapi gallery aku penuh dengan wajah ceria Amir waktu sukan sekolah. Mungkin aku excited jadi cikgu, semua benda aku ambil gambar.

Amir cakap besar nanti dia nak kerja gaji besar, sara mak dan keluarga. Takpalah Mir, besarkan istana dekat sana, rehatlah dari rumah kecik amir. Rehatlah dari kesak1tan dunia.

Komen sahabat arwh menyentuh perasaan

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan arwh di alam sana. Tidak terkecuali kata-kata seorang sahabat baik arwh turut menyentuh perasaan.

” Al-fatihah buat sahabatku. terkesima kmi mendengar berita mu. baru kelmarin kami mengucapkan ulang tahun kepada mu. malah hari nie pula kami mendengar berita pemergian mu. kami sahabat” mu sentiasa mendoakan mu kwn. smga dicucuri rahmat tuhan.” tulis Mina

Pihak editor mengucapkan takziah buat keluarga arwh, semoga tabah menerima ketentuan ilahi.

Sesungguhnya pmergian arwh dicemburui ramai, meninggI di bulan ramadan sebaik-baik bulan.

Al-Fatihah – Sambil dibaca