Semasa

Berjaya Kumpul 15k Hasil Jual Pes Kari, Sekali Ada Individu Petik Pasal Hutang. Ini Jawapan Balas Ogy

Isu membabitkan pihak produksi Ogy Ahmad Daud yang gagal melu melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu mendapat perhatian ramai.

Terbaru Ogy telah tampil memuatnaik status di Instagram beliau mengatakan beliau berjaya membayar 6 orang yang terlibat, hasil dari jualan Pes Kari.

Berikut perkongsian ditulis Ogy;

” Terlalu bersyukur, dari hasil jualan dan kempen Pes Kari ini saya dapat bayar 6 orang yang terlibat dalam Teater itu. Memang ramai lagi yang saya belum bayar.

” Saya masih berusaha nak dapatkan dana kerana memahami mereka nak beraya. Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Khairul Hakimin Muhammad dan ‘team’ yang bersusah payah menjalankan kempen ini.

” Dan kepada semua pelanggan-pelanggan yang membeli dengan ikhlas, baik untuk diri sendiri mahupun untuk tujuan menderma. Saya rasa terharu sangat.

” Saya sentiasa berkata bahawa Allah akan tolong saya, dan saya takkan putus bermohon dan berdoa pada Allah kerana saya wajib bayar hutang-hutang ini.

” Walaupun saya tak ambil satu sen pun duit hasil jualan tiket dan bukan salah saya pun dengan apa yang terjadi, tetapi saya harus menjaga maruah orang lain yang terlibat.

” Biar saya dikecam tapi saya tak akan lari daripada tanggungjawab saya untuk menyelesaikan hutang-hutang ini. Lambat atau cepat saya tetap akan bayar.

Komen individu ‘petik’ pasal hutang

Sementara itu menerusi ruangan komen, terdapat seorang individu menulis komen cuba melakukan provokasi terhadap pelakon yang pernah popular dengan filem Azura itu.

Individu yang menggunakan nama Ismisyafiq itu bertanya kepada Ogy kenapa tidak dilangsaikan hutang mereka yang terbabit dengan teater tersebut, yang akhirnya mendapat komen balas Ogy. Mereka dilihat saling berbalas komen.

Ismisyafiq : “Baru terbaca luahan Aloy didalam twitter tadi. Kasihan ye dianiaya sebegitu. Bila kita menafikan rezeki orang, tidak takutkan tuhan menafikan rezeki kita? Bila kita melewatkan rezeki orang, tidak takutkan tuhan melewatkan rezeki kita?

Ogy : “Dan Bila kita yg komen ni tak tahu cerita yg sebenar tak takut ke Tuhan nanti bertanya dgn kita?

Ismisyafiq : “Dan bila cerita sebenar masih kelam, tak takut ke tuhan tanya kenapa tak berkata benar?

Ogy : “Dan Allah kan Maha Mengetahui segalanya. Tiada yg kelam disisi Allah..dan awak tahu ke saya tak berkata benar?

Ismisyafiq : “Kalau berkata benar, bertindak dengan benar, pastu tiada perut yang tidak terisi. Tiada bapa yang hanya mampu mencium hujung rambut anak kecil kerana tidak mampu berbuat apa apa. Tiada insan keputusan wang untuk dihantar kerumah mak dan mertua, dan tiada insan yang hanya mampu duduk dibucu katil merintih. Kalau perkataan akak adalah benar, kenapa kekejaman masih berlaku? Dan kalau berkata benar, kenapa persoalan duit duit peusahaan teater itu tidak sampai kepada yang sepatutnya.

Ogy : “Awak tahu ke tak sampai? awak nampak ke dgn mata awak sendiri tak sampai? saya ada BUKTI so your comment is based on hearsay and what you read. You just dig your own grave brother! kita jumpa di..you know where!

Terdahulu, seorang kru yang terlibat dalam teater terbabit yang dikenali sebagai Aloy berkongsi luahan di Twitter tentang isu bayaran yang masih belum dijelaskan oleh Ogy.