Semasa

Tolong Jangan Kec4m Anak Saya. Ibu Wanita Mngandung Bawa COVlD ke Kelantan Akhirnya Bersuara

Sejak semalam berita tentang wanita mngandung yang disahkan positif COVlD-19 dan pulang ke Kelantan hangat diperkatakan. Ramai warganet tanpa usul periksa terus mengecam wanita terbabit.

Susulan itu, ibu kepada wanita terbabit telah tampil menjelaskan keadaan

” Tolong jangan kec4m anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.”

Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim, 50, iaitu ibu kepada wanita hamil yang positif COVlD-19 dari Kuala Krai ketika mengulas kepulangan anaknya mendapat kec4man daripada netizen.

Norazlina berkata, anaknya yang berusia 32 tahun mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun nanti.

Ada alasan kukuh untuk pulang

” Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu.

” Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suami anak saya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.

” Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.

” Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu.

” Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kec4man itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, anaknya sendiri agak sukar untuk menerima berita apabila pihak hospital menghubungi memaklumkan dia positif COVlD-19 kerana sepanjang di Kuala Lumpur, anaknya tidak ke mana-mana melainkan keluar untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.

” Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka.

” Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

” Malah, pagi ini saya sempat ‘video call’ (panggilan video) dengan anak saya dan setakat ini keadaan anak saya dalam keadaan baik.

” Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif COVlD-19,” katanya yang mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.

Akhbar melaporkan, wanita hamil yang positif COVlD-19 di Kelantan, dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wanita itu hanya disahkan positif COVlD-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.

Sepupu juga tampil bersuara

Sementara itu semalam, sepupu kepada suami wanita terbabit juga tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Individu bernama Nabilah itu menjelaskan bahawa sepupunya terlebih dahulu mendapat permit untuk pulang ke kampung di Kuala Krai Kelantan dan buka saja-saja mahu balik.

“Dia balik hantar bini dia sebab dia ada anak kecik umur 2 tahun dan bini dia nak beranak anak no 2. Di KL dia duduk sekelamin, dan dia kerja on call 24 jam. Atas nasihat hospital dan kelulusan permit rentas negeri dia balik hantar bini dia.

“Lepas balik hantar bini dia. Dia terus naik ke KL..loni dia di hospital ampang, bini dia di hrpz. Bukan dia balik suka-suka nak beraya. Tapi atas musaqoh. Sama-sama kita doakan yg terbaik buat dia dan keluarga..”