Semasa

Rupanya Polis Benarkan Wanita HamiI Itu Pulang ke Kelantan, Tapi Ada Sebabnya

Sejak semalam cerita tentang wanita hamiI pulang ke Kelantan yang kemudian disahkan positif COVlD-19 telah mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai.

Pada awalnya ramai mengecam, namun selepas penjelasan diberikan oleh pihak keluarga, orang ramai mula bersikap positif.

Terbaru, pihak berkuasa telah tampil menjelaskan isu terbabit.

Wanita hamiI yang didapati positif COVlD-19 di Kelantan, diberi kebenaran daripada pihak polis untuk membuat perjalanan dari Ampang atas sebab-sebab kesihatan.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata wanita itu bertemu dengan beberapa orang saudara-mara dan mempunyai kontak fizikal dalam perjalanan pulang ke kampung.

” Dia nak bersalin di kampung jadi kita benarkan, positif didapati tiba-tiba.

” Kita difahamkan sebelum dia balik rumah dah jumpa pelbagai orang, Keluarga dekat dan jauh, dan pasal dah rindu lama tak jumpa berpelukan satu sama lain,” kata Ismail pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Wanita itu adalah kes positif terbaru di Kelantan selepas negeri itu diisytiharkan sebagai zon hijau.

Ismail berkata disebabkan wanita itu didapati positif, seluruh kampung perlu menjalani pemeriksaan kesihatan, dan kawasan itu dianggap kawasan perintah berkurung walaupun perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) tidak diisytiharkan.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak pasti berapa ramai warga tua dan kanak-kanak terdedah, dan bimbang akan risiko yang mereka hadapi.

Beliau berkata ini merupakan satu peringatan untuk orang lain, agar tidak membuat perjalanan yang tidak perlu jika kembali ke kampung halaman mereka.

Perjalanan antara negeri dihadkan kepada kes-kes kecemasan sahaja, dan Ismail berkata denda akan dikeluarkan untuk mereka yang cuba merentas negeri.

Penjelasan dari Dr Noor Hisham

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes positif COVlD-19 membabitkan seorang wanita mengandung yang pulang dari Ampang, Kuala Lumpur ke kampung halamannya di Kelantan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mngsa yang sedang hamiI 35 minggu melakukan perjalanan rentas negeri kerana mahu bersalin di kampung halaman.

Bagaimanapun, mngsa disahkan positif COVlD-19 selepas menjalani ujian saringan kesihatan di sebuah klinik kesihatan di negeri tersebut.

” Tetapi apabila dilakukan ujian COVlD-19 (mngsa) positif dan sekarang ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

” Apa yang pasti adalah kita sedang menjalankan accurate case detection atau tindakan seterusnya untuk kontak rapat dan juga kita melihat kepada sama ada jangkitan tersebut didapati di kawasan red zone (Zon Merah – Ampang).

” Jadi kita sedang menjalankan siasatan dan bila kita dah ada keputusan baru kita maklumkan kepada semua,” katanya dalam sidang media harian di sini hari ini.