Semasa

Teruk Dikecam Bawa Balik COVlD ke KeIantan, Sepupu Wanita Ini Tampil Cerita Hal Sebenar

” Untuk makluman. suspek tu sepupu ambo. Dia juga seorang frontliner yang terlibat di Kuala Lumpur dalam menyelengara fasiliti TM untuk memastikan internet berjalan dengan lancar.”

Demikian penjelasan seorang individu yang dipercayai sepupu kepada suami wanita mengandung yang pulang ke Kelantan dan disahkan positif COVlD-19.

Individu bernama Nabilah itu juga menjelaskan bahawa sepupunya terlebih dahulu mendapat permit untuk pulang ke kampung di Kuala Krai Kelantan dan buka saja-saja mahu balik.

” Dia balik hantar bini dia sebab dia ada anak kecik umur 2 tahun dan bini dia nak beranak anak no 2. Di KL dia duduk sekelamin, dan dia kerja on call 24 jam. Atas nasihat hospital dan kelulusan permit rentas negeri dia balik hantar bini dia.

” Lepas balik hantar bini dia. Dia terus naik ke KL..loni dia di hospital ampang, bini dia di hrpz. Bukan dia balik suka-suka nak beraya. Tapi atas musaqoh. Sama2 kita doakan yg terbaik buat dia dan keluarga..”

Dengan penjelasan ahli keluarga terdekat mangsa tersebut, sama-samalah kita jaga tutur-kata dan ibadah kita di bulan yang mulia ini dan setiap masa.

Ahli keluarga sudah dikuarantin

Terdahulu, selepas lebih sebulan bebas daripada COVlD-19, Kelantan kembali mencatatkan satu kes terbaharu di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin, ketika mengesahkan perkara itu berkata, usia kandungan mngsa 32 minggu.

” Setakat maklumat yang kita tahu, ahli keluarganya negatif, dia seorang saja positif. Namun ahli keluarga lain dikuarantin.

” Apa yang kita takutkan selama ini berhubung rentas negeri. Mngsa (pesak1t) balik ke kampung apabila dibenarkan untuk rentas negeri baru-baru ini.

” Mngsa kini diraw4t di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, hari ini.

Dari zon hijau, kini automatik jadi zon kuning

Dalam pada itu polis masih menunggu arahan dari kerajaan Kelantan untuk sebarang tindakan selanjutnya berhubung kemunculan semula kes COVlD-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian itu adalah satu tragedi memandangkan Kelantan sudah lebih sebulan berstatus zon hijau dan kini secara automatik bertukar kepada kuning.

” Ini adalah satu tragedi di Kelantan dan apa yang kita tahu seorang pembawa boleh menjngkiti 30 orang yang lain.

” Untuk periksa seorang demi seorang individu yang merentas negeri sudah pasti satu beban yang perlu ditanggung oleh kami sedangkan wabak itu dibawa dari negeri lain.

” Bagaimanapun kami akan mengadakan mesyuarat dan terpulang kepada kerajaan (negeri) untuk memutuskan sebarang perubahan tindakan dalam penguatkuasaan pemantauan nanti,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya Bukit Yong, Pasir Puteh, hari ini.

Kelantan kembali mencatatkan kes COVlD-19 dengan kes terbaru dipercayai di Kuala Krai membabitkan wanita mengandung dan perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin.

Mngsa (pesak1t) yang menetap di Lembah Klang balik ke negeri ini apabila sempadan negeri dibuka baru-baru ini dan secara tidak rasmi dikatakan mngsa positif serta sedang diraw4t di hospital.

p/s: Gambar atas adalah sekadar hiasan