Semasa

Suami Wanita Bawa Pulang Covid Akhirnya Bersuara. Ini Rayuannya Kepada Orang Ramai

Beberapa hari lalu, tular berita tentang wanita mngandung bawa pulang COVlD-19 ke Kelantan.

Perkara itu menyebabkan Kelantan yang pada awalnya berstatus Zon Hijau selepas sebulan, secara automatik bertukar menjadi Zon Kuning.

Isu tersebut menyebabkan wanita tersebut teruk dikec4m warganet.

Bagi menjernihkan keadaan, suami kepada wanita terbabit telah tampil bersuara menjelaskan hal sebenar.

” Kami maafkan dan halalkan semua kec4man warganet. Kami tidak meminta perkara yang menakutkan ini berlaku, lebih-lebih lagi kepada isteri yang sarat mngandung.

Demikian luahan lelaki yang dikenali sebagai Nahiz, 32, suami kepada seorang wanita mngandung yang dikec4m warganet selepas disahkan positif wabak Koronavirus (COVlD-19).

Terkejut isteri disahkan positif

Pasangan itu yang tinggal di Ampang, Kuala Lumpur ke Kuala Krai kerana isteri mahu pulang bersalin di rumah ibu bapanya.

Nahiz mengakui dia amat terkejut sejurus mengetahui isterinya disahkan positif COVlD-19.

” Ketika itu perasaan saya bercampur baur kerana perkara yang sebelum ini menjadi kebimbangan (COVlD-19) tiba-tiba berlaku kepada orang tersayang.

” Sekiranya saya tahu dia positif COVlD-19 sebelum pulang ke kampung.

” Pasti saya tidak akan membenarkan dia bersalin di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Terpaksa hantar isteri balik kampung kerana..

Menurutnya, dia terpaksa menghantar isterinya bersalin anak kedua di Kuala Krai atas faktor kekangan tugas sebagai juruteknik yang memaksanya terus berkhidmat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nahiz berkata, isterinya dijangka bersalin antara seminggu hingga dua minggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

” Saya bimbang keselamatan isteri bersama anak sulung berusia 4 tahun di rumah kerana waktu pekerjaan saya tidak menentu.

Dia berkata, lebih mengejutkan kec4man yang dilontarkan kepada mereka terutama isteri melampaui batas.

Menurutnya, isterinya terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook miliknya dan berdepan kemurungan akibat kec4man dari warganet dan orang ramai.

” Bagaimanapun saya lega apabila ‘emosi’ isteri berada dalam keadaan tenang dan kami sentiasa berhubung melalui telefon.

” Saya doakan isteri dan anak di dalam kandungan diberikan kekuatan untuk melalui semua ini dan cepat sembuh.

” Tiada orang yang meminta mereka ditimpa musibah, kami reda dengan ujian ini,” katanya.

Nahiz berkata, dia berterima kasih pada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada isteri untuk melawan penyakit tersebut,” katanya yang turut sebak mengenangkan ujian menimpa isterinya itu.

Sementara itu, selain dari Nahiz, beberapa ahli keluarga turut tampil mempertahankan wanita terbabit dengan menjelaskan hal sebenar.

Antaranya ibu mentua Nahiz yang meminta orang ramai agar tidak mengecam anaknya kerana perkara yang berlaku adalah diluar kawalan mereka.

p/s: semua gambar di atas adalah sekadar hiasan