Semasa

Pemandu HiIux Sudah Direman, Rupanya Teman Wanita Dia Ada Bersama. Sekali Kantoi Benda Lain Pula

Sejak semalam heboh di media sosial tindakan seorang pemandu HiIux yang memandu dalam keadaan berbah4ya dan cuba meInggar orang ramai.

Tndakan lelaki itu akhirnya menerima pad4h apabila ditahan pihak polis.

Pemandu pikap yang mengamuk dan merempvh orang awam serta gerai di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, semalam direman lima hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata permohonan reman terhadap saspek dipohon di hadapan Majistret Mahkamah Shah Alam.

Katanya, majistret membenarkan saspek direman selama lima hari bermula hari ini hingga Rabu depan.

Turut ditahan teman wanita saspek dan rupanya bukan warganegara

” Kita turut menahan seorang wanita warga Myanmar berusia 25 tahun yang turut berada dalam kenderaan dipandu saspek ketika kejadian, semalam.

” Wanita itu yang juga teman wanita saspek ditahan mengikut reman pendatang asing tanpa izin (PATI) selama 14 hari hingga 6 Jun kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, media melaporkan lima orang awam cedera selepas saspek yang dipercayai di bawah pengaruh alkohoI dikatakan ber4ng selepas cermin sisi kenderaan ditepuk seseorang ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

Dalam kejadian jam 6.35 petang, saspek yang berang bertindak memandu kenderaannya secara melulu sehingga menyebabkan lima individu termasuk seorang wanita dilaporkan cedera akibat dirempvh kereta saspek.

Bagaimanapun, semua mangsa berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan sebanyak lima laporan polis diterima daripada pihak-pihak yang terkesan akibat kejadian itu.

” Sebanyak dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak peniaga itu rosak kerana diInggar kereta saspek.

” Saspek ditahan semalam, dan semakan mendapati lelaki yang bekerja sebagai seorang pemborong tayar berusia 32 tahun itu tidak mempunyai rekod jnayah lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Sksyen 307 Kanun Kesksaan, Sksyen 90 Akta Polis 1967 dan Sksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beberapa klip video insiden berkenaan tular di media sosial antaranya memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kereta dipandu saspek.

Cermin sisi jadi punca

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamarudin, berkata ia selepas saspek yang disyaki m4buk itu tidak berpuas hati terhadap tindakan seorang lelaki mengetuk cermin keretanya.

Ia susulan tindakan saspek yang membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

“Dalam kjadian pada jam 6.35 petang, lima individu dilaporkan cedera akibat dirempvh kereta saspek.” katanya

Arsad berkata, pihaknya menerima lima laporan daripada orang awam yang terkesan dengan insiden itu.

“Setakat ini, kita kenal pasti dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan rosak kerana diInggar kereta saspek,” katanya.