
” Anak saya tak balik hampir 2 bulan sebab bertugas di Kedah dan saya di Johor.. tu pun rindu setengah m4ti rasanya.. ini kan pulak 9 bulan”
Itu antara komen warganet sebaik melihat video tular seorang anggota polis yang menjadi petugas hadapan akhirnya bertemu dengan ibu tercinta.
Rakaman tersebut ternyata mengundang emosi setiap yang menonton ketika anggota polis tersebut membuat kejutan datang ke gerai nasi lemak ibunya dengan menggunakan pelitup muka Enam
Difahamkan anggota polis itu sebelum itu enam bulan dalam pusat latihan dan tiga bulan menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
Dia yang ditemani seorang kawan merakam detik pertemuan istimewa itu sebelum berpura-pura ingin membeli makanan di gerai ibunya di tepi jalan.
Selepas memberitahu dirinya yang sebenar, ibu yang menanggung rindu itu tidak dapat berkata-kata dan terus mengalirkan air mata dan pertemuan tanpa banyak bicara itu bertambah meruntun jiwa kerana berlatar belakangkan lagu nasyid Aeman, Buatmu Ibu.
Warganet tersentuh
Terdahulu kisah meruntun perasaan ini mendapat 44,000 tanda suka dan dikongsi lebih 16,000 orang di Facebook serta mendapat 2,900 komen yang rata-rata meluahkan perasaan terharu dan turut sama menangis melihat detik pertemuan antara anak dan ibu itu.
Antaranya, Suhaila Ibrahim yang meninggalkan komen dan meluahkan perasaan rindu terhadap ibunya.
” Tak dapat berjumpa sembilan bulan rindu macam setahun. Tapi kehilangan ibu terasa rindu selamanya yang tiada penghujung. Ya Allah, ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan tempatkan mereka di dalam syurga-Mu yang paling indah,” luahnya.
Bagi Amylah, kerinduan berbulan boleh terubat sebab insan kesayangan masih ada.
” Apa yg masih belom dapat jmpe mak dan ayah atas urusan kerja,semoga satu hari nnty kamu semua dpt balik jmpe mak dan ayah dan di permudah kn segala urusan awak semua..sama2 berdoa ye,” katanya.
Manakala Zul Karnain berkata sejak awal PKP hingga sekarang dia belum berkesempatan bertemu ibunya.
” Saya dari awal PKP sampailah sekarang belum jumpa mak saya.
” Harap keadaan cepat pulih. Terpaksa terus mencari rezeki di negara jiran,” katanya.
Friends Of PDRM turut berkongsi nasihat bagi mereka yang belum lagi dapat berjumpa ibu dan bapa untuk terus menghubungi mereka melalui panggilan video.
” Hargai dan kasihanilah selagi mereka ada,” katanya.