Semasa

Fizo Dpt Tawaran RM25k Utk Khidmat Peneman Malam. Tp Komen Achey Buat Ramai Berdekah Ketawa

Khidmat peneman atau lebih dikenali dengan panggil GR0 selalunya dikaitkan dengan wanita. Dan selalunya orang lelaki yang akan ditawarkan khidmat tersebut.

Bagaimana dewasa ini, terdapat juga khidmat ‘peneman malam’ lelaki yang ditawarkan kepada wanita. Cumanya, kebanyakannya ditawarkan oleh orang tengah yang sekadar mahu memperdaya orang ramai.

Tidak ketinggalan perkara tersebut telah berlaku kepada selebriti tempatan.

Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon dan usahawan Fizo Omar berkongsi perkara tersebut bagaimana dia dihubungi oleh individu yang menawarkan khidmat tersebut.

Mengejutkan apabila jumlah ditawarkan adalah bukan sedikit dan mampu mengaburi mata seseorang.

Mungkin bagi sesetengah lelaki, mereka akan terpikat dengan ‘tawaran’ tersebut tanpa mengetahui ia sekadar ‘scam’.

” Barang recond’ macam saya pun ada harga,” kongsi pelakon, Fizo Omar yang mendedahkan menerima tawaran untuk menjadi ‘peneman malam’ dengan kadar bayaran RM25,000 untuk satu malam.

Fizo berkata, itu bukan kali pertama dia berdepan dengan perkara sama.

” Wow! Dapat ‘job’! RM25,000 satu malam. Apa pun, saya pasti ini adalah ‘scammer’. Tapi, bukan kali pertama saya dapat mesej di Instagram.

” Kadang-kadang, terfikir juga apa tujuan mereka ini. Ada yang siap minta nombor akaun dan nak pindahkan wang sebelum berjumpa depan-depan,” tulisnya.

Menerusi status yang dimuat naik di Instagram itu, Fizo yang dikaitkan dengan pelakon Azar Azmi berkata, apa yang berlaku adalah realiti kehidupan.

” Bunyinya pelik kan? Tapi, benda ini wujud dalam kehidupan sebenar dan bukan dalam drama saja. Kadang-kadang, apa yang berlaku dalam drama adalah gambaran apa yang berlaku dalam dunia realiti,” tulisnya.

Menerusi status sama, Fizo juga bergurau mengenai status dirinya sebagai duda atau digambarkan sebagai ‘barang recond’.

” Kalau yang baru dan wanita pula, tak tahulah berapa kan?” tulisnya dalam nada gurau.

Muat naik itu menerima hampir 2,600 tanda suka dan puluhan komen daripada warganet.

Komen Achey buah ramai terhibur

Selain komen warganet, apa yang mencuri tumpuan adalah komen seorang rakan baik Fizo yang juga penyanyi dan pelawak terkenal, Achey Bocey.

” Apsal aku dia offer rm200 je?.. tak adil!” tulis Achey.

Komen itu mendapat reaksi balas warganet yang tergelak dengan kata-kata Achey yang mencuit hati itu.

” Hahahahaha…dia tengok spec n condition jugak bro…hahaha” balas Fizo