Semasa

Dr M Tiba-Tiba Namakan Shafie Apdal Sebagai Calon PM. Ini Respon Balas Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa orang ramai untuk menolak helah dan muslihat poIitik, beberapa jam selepas pesaingnya Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri blok pembangkang.

Membuat hantaran di media sosial, Anwar menulis dengan huruf besar,” tolak poIitik tipu helah.”

” PoIitik tidak sekadar perebutan kuasa tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan.

” Untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang,” katanya yang mengulang soalan yang diutarakannya semalam.

Hari ini, Anwar turut berkongsi video yang mengandungi rakaman petikan daripada ucapan dalam talian yang disampaikan beliau semalam.

” Dalam keadaan sekarang ada yang menangguk di air keruh, ada yang sekonyong-konyong nak muncul jadi juara…

” Tetapi apa yang saya nak tegaskan balik pada landasan.

” PoIitik ini bukan sepak terajang poIitikus untukk sekadar mencari helah taktik untuk merebut kuasa. PoIitik adalah terkait dengan urus tadbir, persoalan rakyat.

” Apakah dasar yang dikemukakan? Apakah dasar ini mengekalkan corak pentadbiran usang, lapuk rasu4h menindas seperti yang berlaku, sekarang atau pun dahulu,” soal MP Port Dickson dalam video yang dikongsinya itu.

Rancangan Pakatan Harapan untuk merebut kembali Putrajaya tersekat apabila PKR menegaskan bahawa Anwar dan bukan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang perlu menerajui kerajaan.

Bagaimanapun, D A P dan Amanah mahu Anwar berkompromi dan menjadi timbalan Mahathir selama enam bulan sebelum mengambil alih perdana menteri.

Berhadapan jalan buntu, Mahathir memutuskan untuk menarik diri daripada persaingan ke jawatan itu.

Sebagai gantinya, bersama pemimpin tertinggi D A P dan Amanah, Mahathir telah memutuskan untuk menyokong Shafie sebagai perdana menteri, dengan Anwar dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan.

Amanah dan D A P berkata perkara itu masih perlu dibincangkan di peringkat PH.

Percaturan itu berlaku ketika PH berdepan dengan kemelut selama seminggu antara Mahathir dan Anwar mengenai siapa yang seharusnya menjadi calon perdana menteri untuk di kalangan blok pembangkang.

PKR berpendapat bahawa negara itu memerlukan “permulaan baru” tanpa pemimpin berusia 90an, sementara penyokong Mahathir berpendapat bahawa Anwar tidak akan dapat memperoleh sokongan yang cukup dari Sabah dan Sarawak tanpa bantuan Mahathir.

Sekiranya Shafie berjaya memperoleh sokongan yang cukup di Dewan Rakyat, beliau akan melakar sejarah sebagai perdana menteri pertama dari Malaysia Timur.