Semasa

Rasa Sakit Perut Tidak Trtanggung, Wanita Pergi Hospital Utk Periksa. Sekali Doktor Sendiri Terkedu Lihat

Kehadiran bayi perempuan berusia lapan hari disifatkan keluarganya sebagai ‘anak ajaib’ kerana ibunya tidak pernah menyedari hamil bayi berkenaan sebelum ini.

Tiada siapa menyangka Sanisah Abu Bakar, 45, mengandvng, Nur Iman Amani Widodo sebelum ini, malah wanita terbabit sendiri tidak menyedari mengandvng hinggalah bayinya itu dilahirkan secara pemb3dahan pada 19 Jun lalu.

Segalanya bermula apabila keluarga Sanisah menyangka wanita terbabit menghidap ketumbvhan dalam perot yang menyebabkan perotnya sering berasa s4kit.

Widodo Sinasim, 47, berkata, dia tidak menyangka isterinya hamil sehinggalah Sanisah mengadu mengalami kes4kitan yang tidak tertanggung minggu lalu.

” D0ktor di Hospital Melaka memang ada melakukan ujian imbasan, tetapi tidak dapat mengesan ada bayi dalam perot isteri saya sebelum ini. Apa yang dikesan hanyalah dua ketumbvhan.

” D0ktor melakukan pemb3dahan dan mengeluarkan ketumbvhan seberat 500 dan 800 gram, tetapi d0ktor terkejut apabila mendapati ada bayi dalam perotnya lalu menyelamatkan anak itu daripada perkara tidak diingini,”

Ahli parlimen datang ziarah

Demikian penjelasan Widodo ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di kediamannya di Kampung Kuala Linggi di sini, semalam.

Mas Ermieyati menyerahkan sumbangan peribadi kepada Sanisah yang dalam pantang dan mengingatkannya supaya menghabiskan waktu dengan berehat.

Widodo bagaimanapun berkata, beliau, isteri dan lima anak mereka berusia enam hingga 19 tahun menyambut kehadiran bayi itu dengan penuh kesyukuran dan menganggapnya sebagai keajaiban kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, setiap anggota komuniti harus mengutamakan aspek penjagaan kesihatan kerana ia nadi kehidupan manakala wanita harus tahu mengenai perihal kesihatan diri sendiri, terutama jika hamiI.

” Amat penting untuk wanita hamiI memahami aspek penjagaan kesihatan dan harus tahu sama ada mereka hamiI atau sebaliknya kerana penjagaan bayi dalam kandvngan berkait rapat dengan dua nyawa,” katanya

Mas Ermieyati (kiri) menyerahkan sumbangan peribadi kepada Sanisah (kanan) di rumahnya di Kampung Kuala Linggi, semalam.

Komen warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, segelintir warganet berkongsi pernah mengalami pengalaman serupa.

” Macam emak .. mengandong adik yang last ..2,3,4,5,6,7 bulan tak datang bulan ..cek hospital swasta .. hospital kata tak mengandong Bulan ke 8 ..emak n doc terkejut ada baby .. alhamdulilah rahmat dari Allah” komen Alia

” Saya pun pernah mengalaminya , baby tersorok dalam rongga peha , nasib baik nurse perasan dan membetulkan kedudukan baby saya , alhamdulillah saya selamat melahirkan baby perempuan . Kuasa dan kebesaran Allah tiada tandingannya,” kongsi Nur Zana