Semasa

Lamborghini Milik Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Hangus Terbakar. CCTV Dedahkan Punca Sebenar

Kereta mewah dianggarkan bernilai RM2 juta rosak selepas terbkar di tempat letak kenderaan kondominium Pavillion di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 2.40 pagi dan menghantar dua jentera (FRT) serta sebuah ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Komander Operasi,Mohd Rozi Jusoh, berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Tun Razak menjalankan kerja pemadaman api.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa beberapa minit untuk memadamkan kebkaran dan kemusnahan membabitkan 40 peratus di bahagian enjin.

” Kjadian tidak membabitkan mngsa dan forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebkaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil siasatan melalui CCTV

Sementara itu pihak polis tidak menolak kemungkinan kereta Lamborghini yang terbkar di tempat letak kenderaan di kondominium di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang di Kuala Lumpur, hari ini disebabkan khi4nat.

Menurut sumber, siasatan awal polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kjadian mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal mencurah cecair dipercayai petrol ke kenderaan itu.

” Pasukan forensik polis dan bomba yang menjalankan siasatan juga menemui satu botol air mineral kecil berisi baki cecair disyaki petrol serta sekotak mancis berhampiran lokasi kenderaan itu terbkar.

” Semakan mendapati kereta mewah berwarna kuning itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat swasta berpangkalan di Langkawi milik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya.

Akibat kjadian itu, pemilik kenderaan dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM1 juta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah ketika dihubungi memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan kjadian itu berpunca daripada perbuatan khi4nat dan siasatan sedang dijalankan.

Komen warganet

” Jika api berpunca dari ecu atau bhg dlm bonet enjin, bermakna litar pintas tapi jika berpunca dari bawah seat atau dalam kabin atau dari luar badan, itu sengaja atau khi4nat tapi ada soalan timbul, mcm mana nak tau api dari mana sebab benda dah hangus? Jawapannya, Pegawai Penyiasat kebkaran dari Jabatan Bomba ada kepakaran dan peralatan utk cari punca pertama letusan api” komen Izhar

” Ikut syarat beli kereta mewah ni. Lambo ke , Ferrari ke , Bugatti ke.. Kalau owner accident atau buat kereta terbkar kecuaian sendiri. Syarikat kereta boleh saman owner atau ban owner serta keluarganya utk beli kereta ni lagi..” komen Adie