Semasa

Dipaksa Minum Air Kncing Sendiri. Lelaki R0hingya Mnangis Dan Terus MemeIuk Pegawai lndonesia

Sekumpulan etnik R0hingya mendakwa mereka dipukoI penyeludup serta terpaksa meminum air kncing sendiri untuk terus hidup sepanjang tempoh empat bulan bergadai nywa di laut sebelum mereka akhirnya diselamatkan berhampiran pantai Indonesia.

Mereka yang kelihatan tidak terurus berjumlah kira-kira 100 orang dengan kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak telah berkongsiĀ  pengalaman pahit yang antara lain terpaksa membuang m4yat ke laut.

Dua daripada mngsa terselamat itu mendakwa penyeludup yang diupah untuk mengangkut mereka, telah bertindak memukoI sebelum meninggalkan etnik R0hingya terbabit di laut.

Mereka kemudian diselamatkan nelayan di Indonesia, Rabu lalu, dan ditarik ke pantai oleh penduduk tempatan pada keesokannya.

” Kami begitu menderita di dalam bot itu. Mereka menyeksa dan menced3rakan kami. Malah, salah seorang daripada kami telah m4ti.

” Pada mulanya, ada makanan tetapi apabila ia sudah habis, mereka (penyeludup) memindahkan kami ke bot lain dan membiarkan kami hanyut di lautan,”

Demikian kata-kata Rashid Ahmad, 50, kepada AFP di pusat tahanan imigresen di bandar Lhokseumawe di pantai utara Sumatera.

Seorang lagi mngsa terselamat dikenali sebagai Habibullah mendakwa beliau turut dipukoI tanpa belas kasihan.

” Mereka memukoI semua orang dengan teruk. Telinga saya dilukakan, selain dipukoI di kepala.” kata Habibullah

Namun, AFP tidak dapat mengesahkan secara bebas kisah mereka itu yang turut mendakwa kumpulan terbabit memulakan perjalanan pada awal tahun ini, berhampiran sebuah kem pelarian R0hingya di Bangladesh

Diselamatkan nelayan

Terdahulu hampir 100 pelarian R0hingya yang terkandas di pinggir laut Indonesia hari ini ditarik ke pantai penduduk tempatan selepas pihak berkuasa enggan membantu berikutan bimbangkan jangkitan COVID-19.

Difahamkan, kira-kira 94 pelarian terbabit termasuk 30 kanak-kanak yang berlayar menggunakan bot kayu ditemui rosak oleh nelayan pada minggu ini, sebelum dipintas pegawai maritim dari Pulau Sumatera yang menarik mereka ke pantai.

Namun, pihak berkuasa di bandar Lhokseumawe di pantai utara Sumatera itu enggan membenarkan kumpulan terbabit mendarat dengan alasan bimbang berlaku penyebaran COVlD-19.

Justeru, penduduk tempatan yang marah mengambil inisiatif sendiri melompat menaiki ke bot dipenuhi pelarian R0hingya itu dan menariknya ke pantai.

Penduduk yang berkumpul di pantai tempatan bersorak dengan tindakan itu, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

” Ia tindakan kemanusiaan yang sungguh murni, kami lihat budak-budak dan wanita mengandung terkandas di lautan,” kata seorang nelayan, Aples Kuari.

Awal hari ini, ketua polis tempatan, Eko Hartanto, berkata mereka mahu menghantar semula pelarian R0hingya yang diselamatkan nelayan tempatan itu kembali ke laut.

Bagaimanapun, pihak berkuasa bertukar pendirian selepas penduduk tempatan membantah dan kumpulan pelarian itu sekarang ditempatkan di rumah penduduk.

Menurut agensi penyelamat Aceh, pelarian R0hingya itu akan diperiksa kakitangan perubatan bagi memastikan mereka bebas COVlD-19.