Semasa

Sehari Selepas Wad Hospital Sultanah Aminah Terbakar, Ini Respon Sultan Johor Yang Dinantikan Ramai

Semalam, reaksi ringkas diberikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ kepada kerajaan Malaysia di Twitter susulan kebkaran di wad Hospital Sultanah Aminah mencuri perhatian ramai.

Reaksi TMJ itu dimuatnaik sejurus selepas kejadian kebkaran itu dan sememangnya dinantikan rakyat terutama rakyat johor yang mahukan tindakan pantas kerajaan.

Ia susulan kebkaran di hospital itu pernah terjadi pada tahun 2016 dan sehingga kini belum ada baik pulih sepenuhnya dibuat.

Ini pula titah Sultan Johor

Terbaru, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan untuk membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar, petang semalam.

Baginda bertitah akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan segera dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

” Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bersama-sama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

” Selalunya, kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan.

” Oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” titahnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, hari ini.

Semalam, rakyat Johor dikejutkan lagi dengan insiden kebkaran di Hospital Sultan Aminah (HSA) namun kali ini melibatkan Wad Perubatan Perempuan 1 yang terletak tidak jauh dari Klinik Kesihatan Mahmoodiah.

Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kem4tian kerana kesemua 24 pesak1t yang berada di wad berkenaan, berjaya diselamatkan.

Sebelum ini, HSA pernah mengalami kebkaran iaitu pada Oktober 2016 melibatkan tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan yang mengakibatkan enam pesak1t m4ut.

TMJ juga beri ‘nasihat’ padu kepada kerajaan

Sementara semalam, menerusi satu perkongsian di Twitter, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memuatnaik satu hantaran yang difahamkan merujuk kepada kjadian kebkaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tunku Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan TMJ telah meminta pihak kerajaan supaya mengambil langkah segera bagi menjamin keselamatan rakyat di Negeri Johor

” Saya menyeru kepada Kerajaan Malaysia agar mempercepatkan peningkatan kemudahan awam di negeri Johor demi rakyat.” tulis TMJ

Entri tersebut mendapat reaksi warga maya yang rata-rata bersetuju dengan TMJ memandangkan ini bukanlah pertama kali ia berlaku.

Kebanyakan rakyat Johor juga meminta agar kerajaan tidak menganak-tirikan negeri Johor.