Semasa

Bos Terbaik di Dunia. BiIionair Dari India Hadiahkan 4OO Rumah Flat Dan 126O Kereta Untuk Pekerja

Seorang lelaki yang juga billionair berlian dari Surat, India membuat kejutan apabila menghadiahkan 400 buah rumah flat dan 1,260 kereta kepada pekerja-pekerjanya yang cemerlang.

Bonus itu diumumkan oleh Savji Dholakia pada satu perjumpaan tidak rasmi pekerja dan sudah menjadi amalan di syarikat Hare Krishna Exports sejak 2011.

Difahamkan Savji membelanjakan hambir USD6.7 juta (RM28.9 juta) bagi bonus tersebut.

Savja memberitahu CNNMoney, mereka adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang dipilih kerana menunjukkan prestasi kerja mengagumkan dari segi kesetiaan dan kemahiran sejak tahun lalu.

Dua tahun lalu, beliau menghadiahkan 200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200 pekerja.

Menurut Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan sejak itu beliau melaksanakan pelbagai program insentif.

” Eksport syarikat bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke 70 negara, tetapi tiada yang lebih berharga berbanding pekerja kami,” kata Dholakia.

Selain sifat pemurahnya, Savji juga terkenal dengan sifatnya yang tidak mahu memanjakan anaknya.

Sebelum ini, Savji memberikan cabaran kepada anaknya untuk hidup secara undercover sebagai orang biasa selama sebulan dengan hanya berbekalkan RM 423 untuk kecemasan

Sekilas info tentang Savji Dholakia

Dilahirkan di Gujarat, India pada 12 April 1962, Savji Dhanji Dholakia adalah pengasas syarikat Hari Krishna Exports Pvt. Ltd., sebuah syarikat pembuatan dan pengeksport berlian berpangkalan di Surat di Gujarat, dan pejabat pemasaran pula di Mumbai, India.

Dikenali sebagai Mr Savji Kaka, syarikat milik Savji pada masa ini mengeksport berlian siap ke lebih 50 negara terus dari Mumbai. Syarikat ini juga mempunyai gabungan di AS, Belgium, UAE, Hong Kong dan China.

Kehidupan awal dan kerjaya

Savji Dholakia dibesarkan dalam keluarga petani di Dudhala, Amreli, Gujarat, India. Beliau berhenti sekolah pada usia 13 tahun dan mula bekerja di perniagaan berasaskan berlian milik bapa saudaranya di Surat.

Savji Dholakia bergabung dengan bapa saudaranya yang sudah terlibat dalam perdagangan berlian di Surat.

Adik-beradiknya, Himmat dan Tulsi turut bekerjasama dengannya di Surat dan mereka memulakan perniagaan berlian mereka sendiri pada tahun 1984. Adik bongsu Savji, Ghanshyam pula bergabung 7 tahun kemudian pada tahun 1992.

Setelah 10 tahun bekerja keras sebagai penggilap berlian, Savji Dholakia mula membentuk Hari Krishna Exports pada tahun 1992.

Penjualan pada masa itu sedikit. Beberapa tahun kemudian, pada Mac 2014, syarikat menyaksikan perolehan USD 650 juta (4000 CRORE INR) dengan pertumbuhan 104% berbanding tahun sebelumnya. Keseluruhan kekuatan pekerja dan pekerja lebih daripada 6,000.