Semasa

Carprice Bengang Dgn PU Rahmat Disebabkan Karikatur Bertopi. Sekali Warganet Sound Balik Carprice

Entri yang dimuatnaik Pencetus Ummah (PU) Rahmat iaitu karikatur seorang lelaki berjalan ke arah lelaki bertopi melepasi Ustaz, Mufti dan Ulama untuk bertanyakan soalan tentang agama menimbulkan pertikaian dalam kalangan netizen

Karikatur itu jelas menunjukkan bahawa masyarakat lebih suka mendapatkan rujukan berkaitan agama kepada selebriti media sosial berbanding golongan agamawan.

Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang penyanyi rap Caprice apabila dia dikaitkan sebagai selebriti media sosial dalam karikatur berkenaan berdasarkan cara pemakaiannya yang sering mengenakan topi.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi semula paparan skrin foto tersebut di Instagram dan meminta penjelasan daripada PU Rahmat berkaitan perkara itu.

” PU Rahmat, anda rasa dengan berkongsi foto ini adalah kelakar? Ramai orang tag dan DM saya gambar ini.

” Mamat yang pakai hoodie dan topi itu Caprice ke? Nak tanya, sejak bila orang tanya saya soalan tentang agama?

” Orang bod#h saja akan cari saya dan tanya soalan-soalan tentang agama, ” tulis Caprice.

Siapa bina aplikasi supaya orang lagi senang cari ustaz?

Dalam pada itu menurut Caprice, sungguhpun tiada kelayakan dalam bidang agama namun dia menggunakan ilmu untuk membangunkan aplikasi yang memudahkan orang ramai mendapatkan penjelasan berhubung Islam.

” Maaf saya tak cukup ilmu tapi anda tahu tak, siapa bina aplikasi untuk beri orang lagi senang cari ustaz?

” Siapa bina mengaji.com untuk orang belajar mengaji dan ikut ustaz? Siapa bina IslamPro untuk kita book dan cari ustaz untuk belajar mengaji, ceramah, berubat secara Islam atau kaunseling Islamik?

” Mamat yang pakai hoodie itu. Kita dah lama bina dan berjuang untuk anak muda kita cari ilmu dan ustaz. #Rapatkansaf2040,” katanya.

” Tak apa, kalau saya kurang ilmu agama, saya sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar. Anda dari dulu but*** dengan saya sebab saya tak pernah cari anda kut?

” Kalau bu** hurt sangat saya nak pesan sapu minyak cap kapak dekat buntut sambil zikir InsyaAllah anda tidur dengan tenang.

” Kalau ada masa PU, boleh tak beritahu kepada umum siapa Influencer Instagram tersebut secara jelas?

” Sebab saya nak jemput dia untuk rapatkansaf balik dengan ustaz dan mufti,” ujarnya.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen perkongsian Caprice sendiri, terdapat segelintir netizen yang menasihati Caprice agar bertenang dan bersangka baik.

Menurut netizen, gambar tersebut bersifat umum dan langsung tidak menyentuh perihal Caprice, apatah lagi karikatur yang di tag dengan nama ‘Influencer Instagram’ itu mempunyai rambut. Sedangkan Caprise tidak mempunyai rambut.

” Jelas sekali orang lain yang melukis karikatur tersebut. Dan ‘point’ anda cuma kerana ia memakai hoodie, kenapa anda tidak sebut pasal ada rambut di bawah topi tu? Sedangkan anda tidak mempunyai rambut..anda botak”, tulis MyMerah

” Fikir baik cap! Bukan awak sorang je pakai cap and hoodie, that’s just a fashion bro nak tunjukkan pemakaian modem zaman sekarang. Husnudzon” tulis Hadi

” Chill caprice ,knpe nk melenting tanpa usul periksa.maybe itu adalah gmbaran fesyen anak muda zaman skg .Kita tenang2 je ok.” tulis Aiman