
Seperti mencurah air ke daun keladi. Tegur sudah, marah pun sudah, kec4m apatah lagi..sudah berbakul-bakul.
Nampak gaya semua tak jalan..mungkin sampai masa kerajaan ambil tindakan.
Pendakwah terkenal, Mohamed Hanafiah Abdul Malek menyifatkan tindakan usahawan kosmetik kntroversi Nur Sajat yang memuat naik gambar dan video berbik1ni di Instagram sebagai melanggar prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan.
Ambil tindakan ke atas Sajat
Hanafiah yang juga mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi berkata, Sajat perlu dikenakan tindakan atas kelakuan tidak s0pan yang dipertontonkan kepada umum selain hukumnya h4ram di sisi agama.
” Sepatutnya kerajaan boleh kenakan tindakan kepada bukan saja Sajat, tapi kepada sesiapa yang tidak sopan dan beretika.
” Jika bercakap mengenai hukum semua orang tahu hukumnya h4ram dan berd0sa.
” Namun, mungkin pendekatan yang boleh diambil kepada Sajat adalah memanggilnya untuk menjalani sesi kaunseling.
” Kalau nak kenakan hukvman mungkin orang boleh membayar s4man.
” Saya melihat kaunseling adalah pendekatan terbaik bagi membantu dan menyelami msalah yang dihadapinya sekali gus berubah kepada jalan yang diredai,” katanya.
Menurut Hanafiah, kelakuan menc0Iok mata yang dilakukan Sajat memberi kesan negat1f kepada rakyat Malaysia dan tanpa sedar menggalakkan orang lain mengikut jejak langkahnya.
” Kalau kita buat d0sa untuk diri kita, jangan kita galakkan orang lain jadi macam kita.
” D0sa sendiri pun tak mampu nak tanggung, bagaimana nak tanggung d0sa-d0sa yang ikut jejak langkah dan pengikut yang ikut ‘trend’ kita,” katanya.
Hanafiah berkata, sudah lebih 10 tahun dia terbabit dalam menyantuni golongan L G B T dan ramai di antara mereka yang sudah berubah dan kembali kepada fitrah.
” Sudah lebih 10 tahun saya bersama dengan golongan L G B T menerusi program mukkayyam anjuran unit Keluarga Sosial Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
” Kami mengumpul golongan ini dan memberikan tarbiyah secara perlahan-lahan dan disulami kasih sayang. Alhamdulillah ramai yang berubah dan kembali kepada fitrah.
” Saya percaya pendekatan hikmah adalah yang terbaik bukan tangkap mereka dan melakukan tindakan tegas kerana pendekatan itu sudah tidak lagi berkesan,” katanya.
Terdahulu, tindakan Sajat memuat naik video dan foto dia berbikini di Instagram mengundang kemarahan ramai pihak termasuk pendakwah dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) iaitu PU Amin dan PU Syed yang menggesa orang ramai memboikot ahli perniagaan itu.