Semasa

Bila Perdana Menteri Sendiri Bersuara. Ini Kenyataan PM Muhyiddin Yassin Yg Paling Dinantikan Ramai

Sehari selepas keputusan mhkamah dibacakan di mana Najib didapati bersaIah semalam, kenyataan dari Perdana Menteri adalah antara yang paling dinantikan.

Berkongsi perkara itu di Facebook, Tan Sri Muhyiddin Yassin memuatnaik keratan berhubung kenyataan beliau yang dikongsikan lebih 2.1k selain mendapat 37k likes.

Muhyiddin Yassin antara lain berkata beliau menghormati keputusan mhkamah dan menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan.

” Kerajaan mengambil maklum keputusan mhkamah hari ini yang mensabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak bersaIah atas kesemua tujuh pertduhan melibatkan RM42 juta dana S R C International Sdn Bhd.

” Kerajaan menghormati keputusan mhkamah dan menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali

” Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mhkamah.

” Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang, ”

” Kerajaan menghormati hak Datuk Seri Najib untuk merayu atas hkuman yang dijatuhkan oleh mhkamah.

” Sama-samalah kita beri ruang kepada proses undang-undang untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya di dalam satu kenyataan pada Selasa malam.

Najib, 67, pada Selasa didapati bersaIah terhadap tujuh pertduhan melibatkan pcah amanah jnayah (CBT), pengubahan wang hram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana S R C International Sdn Bhd.

Hakim Mhkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap kesemua pertduhan terhadap bekas perdana menteri itu.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dijatuhi hkuman pnjara 10 tahun bagi setiap tiga pertduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang hram manakala 12 tahun pnjara serta denda RM210 juta atau pnjara lima tahun dalam kes menyalahgunakan kedudukan.

Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hkuman pnjara selama 12 tahun setelah Mohd Nazlan memerintahkan hkuman pnjara itu berjalan serentak

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet tanpa mengira fahaman poIitik agar berlapang dada dengan keputusan mhkamah tersebut.

” Terbaik Tan Sri, semoga keadilan terus ditegakkan tanpa mengira status siapa tertudvh..dan paling utama untuk kes sebelum-sebelum ini yang sudah digugurkan atas kepentingan poIitik perlu disemak dan diadili semula”, komen Sam