Semasa

Zahid Hamidi Beri Bayangan UMNO Mungkin Keluar PN. Jika Ia Terjadi, Sesuatu Yg Besar Akan BerIaku

Hantaran di Facebook oleh Presiden UMN0, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencuri perhatian warganet yang percaya ia seakan memberi bayangan sesuatu yang besar akan berlaku.

Gambar yang dimuatnaik kira-kira 2 jam lalu di mana Ahmad Zahid berharap agar Muafakat Nasional (MN) terus diperkukuhkan.

” Sempena hari Wukuf pada hari ini…marilah kita sama2 berdoa agar Muafakat Nasional terus diperkukuhkan demi ummah, rakyat pelbagai agama dan negara keseluruhannya.” tulis Zahid disertakan gambar bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru ramai juga bertanya kenapa tidak disebut Pakatan Nasional (PN)? Sedangkan UMN0 kini membentuk kerajaan bersama gabungan lain diterajui perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebenarnya Zahid seakan cuba memberi ‘bayangan’ UMN0 tidak selesa dengan Pakatan Nasional menerusi satu ‘posting’ semalam.

Beliau seakan membayangkan parti itu mungkin keluar daripada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid berkata, sebarang perkongsian yang dilakukan harus diperhalusi semula apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan.

” Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

” Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Hantaran yang dibuat Ahmad Zahid itu turut diakhiri dengan tanda pagar #UMN0bangkit selain beliau turut berkongsi sekeping foto ketika berada di masjid seakan-akan memberi maksud tersirat meminta petunjuk ALLAH SWT untuk melakukan keputusan besar.

Terdahulu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata, UMN0 akan mengambil keputusan poIitik yang besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Najib yang juga bekas bos dan sahabat Ahmad Zahid dijatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan denda RM210 juta.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid meminta ahli UMN0 berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh parti.

Kenyataan terbaharu Ahmad Zahid itu seolah-olah memberi petanda yang kian jelas bahawa UMN0 akan meninggalkan PN yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mungkin berlaku PRU15 dalam masa terdekat

Perkembangan terbaharu kes membabitkan bekas Presiden UMN0 itu yang jelas menunjukkan parti itu kecewa dengan keputusan kehakiman tersebut.

PN yang ditubuhkan Mac lalu selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) dibentuk hasil kerjasama UMN0, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas serta disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Bersatu Sabah (GBS) serta wakil bebas.

Perkembangan itu juga dijangka menjadikan situasi poIitik negara akan kembali dramatik kerana mungkin berlaku Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat rentetan keputusan besar yang akan dilakukan UMN0.