Semasa

‘Mak Ayah Berpisah Dan Saya Dibesarkan Oleh’ – Neelofa Mula Bersuara Dan Cakap Pasal Sharnaaz

Neelofa yang juga pengacara terkenal menyifatkan bekas abang iparnya yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad sebagai bapa bertanggungjawab terhadap anak hasil perkongsian hidup dengan kakaknya, Noor Nabila iaitu Jebat Jayden.

Neelofa berkata, Sharnaaz mengorbankan masa hampir setiap hari untuk berjumpa dan bersama Jebat dan perkara itu perlu dijadikan contoh oleh pasangan yang melalui pengalaman sama.

” Kes mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua.

” Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan.

” Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi ‘co-parenting’.

” Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korbankan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak.

” Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang bercrai ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa.

” Sebab saya juga adalah dari keluarga yang bercrai yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun.

” Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak macam itu dengan kerap bukan mudah.

” Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai.

” Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan bercrai, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan,” katanya.

Ditanya sejauh mana hubungan dengan pelakon filem Juvana itu, Neelofa yang baru muncul dengan program Next To Neelofa berkata, dia mahu menjadi neutral sahaja.

” Kalau boleh tak nak masuk campur. Saya harap dia dan Nabila kalau boleh duduk baik-baik, cakap baik-baik, komunikasi baik-baik dan ‘co parenting’ elok-elok, itu sudah cukup bagi saya.

” Tak perlulah saya nak menjadi kawan baik atau musuh. Saya hanya menjadi neutral saja, itu lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz Noor Nabila sah bercrai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.