
” Ini pun zuriat awak juga. Jangan buat macam gitu, kitorang bukan mintak duit. Sekali lagi kau buat kau ingat ni eh, kau ada aiib tau”
Itu kata-kata pedas Penyanyi Mas Idayu yang akhirnya bersuara susulan isu membabitkan anaknya Nur Dayini Ashiqah dengan ibu tiri, Reena Arina yang juga isteri baru kepada pelakon Aman Graseka
Kata Mas Idayu, pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan tersebut sehinggalah dia dilabel tidak pandai mendidik sehingga anak gadisnya didakwa bersikap kurang ajar bukan sahaja terhadap ibu tiri tetapi bapa kandungnya sendiri.
Menjawab dakwaan tersebut, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini akhirnya buka mulut.
” Awalnya saya memang tak tahu apa masalah anak saya dengan bapanya sebab malas nak ambil tahu kerana itu membabitkan mereka berdua.
” Tapi baru-baru ini saya ternampak ada berita mewakili pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima.
” Sampai ada netizen kata saya tak ajar anak hormat ibu tiri… walaupun dia dah umur 22 tahun saya masih pukul lagi (kalau buat salah).
” Apa-apa mengenai anak saya kena ambil tahu,” kata Mas Idayu ketika ditemui mStar di kediamannya pada Jumaat.
Pada Mac lalu, Nur Dayini meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang difahamkan menghalang dia untuk bertemu bapa kandungnya.
Gadis berusia 22 tahun itu saling berbalas kapsyen sindiran dengan ibu tirinya di Instagram.
Mas Idayu kenal perangai Aman Graseka walau dah berpisah
Sementara itu, Mas Idayu berkata dia terkilan apabila mengetahui Aman menyekat nombor Nur Dayini di WhatsApp selain tidak menghubungi anaknya itu selepas mereka pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu.
” Selepas Aman kahwin, dia tak jumpa langsung bapa dia kerana Aman dah balik Kedah…
” Kali terakhir Dayini mesej bapanya sebelum kami tunaikan umrah tapi beberapa hari kemudian mesej dibalas dipercayai oleh isterinya berdasarkan teks yang dihantar.
” Sekarang ini profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Saya tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik.
” Walaupun dah berpisah, saya kenal Aman macam mana… dia tak pandai nak sekat orang dekat Whatsapp, Instagram. Saya bukan nak puji bekas suami tapi saya kenal dia,” ujarnya.
Dalam pada itu, komentator tetap program nyanyian D’Academy Asia ini berharap pelakon drama Tuan Danial ini tidak melupakan anak perempuannya itu.
” Abang (panggilan untuk Aman) tahu apa yang anak kita nak… dia hanya nak bapa dia, dia bukan nak duit. Kami ada duit… bukan nak cakap besar tapi dia hanya nak bapa dia.
Mas Idayu tanya isteri Aman, nak cemburu sangat kenapa
Kali terakhir Dayini menghubungi bapanya sebelum menunaikan umrah pada Februari lalu. Tambah Mas Idayu dia berkata bekas suaminya yang sepatutnya berusaha datang berjumpa anak.
” Kau kena faham kau duduk kat Kedah, what do you expect? kau nak anak kau drive pergi sana?
” Kalau anak lelaki boleh beb, tapi ini anak perempuan..kau kenapa? kau lah datang sini cari dia.
” Aku nak hantar (anak ke Kedah) nanti kang bini kau terus pengsan tengok Mas Idayu.. lagi dia tergugat tengok aku nanti,” katanya.
” Jadi kau nak cemburu-cemburu pasal aku kenapa? Pasal fesyen? Pasal rupa..pasal apa kau nak cemburu sangat? Tak payah tulis kapsyen macam gitu, memalukan!
” Jangan macam gitu sebab Mas Idayu tak pernah meroyan, tak pernah marah, tak pernah peduli..
” Aku kalau dah tinggal orang, aku tinggal betul-betul..tapi aku jadikan dia (bekas suami) kawan..jangan macam gitu mulut kau..
” Jangan buat anak macam tu..aku kenal bekas suami aku tak macam tu..aku nak bekas suami aku berfikir pasal anak dia.
” Bukan aku nak balik dengan suami kau..takdee..umur 53 tahun dah, tak payah..” ujar Mas Idayu yang ditujukan kepada isteri Aman.
Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini.
Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.
Sumber: mstar