
Sejak beberapa hari lalu video tular individu bernama Eiira Aziera heboh di media sosial dan menjadi perdebatan ramai.
Bagi pengikut setia Eiira pastinya akan menyokong walaupun benda terang-terang dah salah, sementara bagi yang baru mengenali sudah tentu akan mengec4m.
Malah ramai warganet menasihati wanita yang menjadi mngsa caciian agar mengambil tindakan undang-undang menggukan akta Defamation Act Law 1957.
Selain itu beberapa pihak seperti selebriti dan peguam turut bersuara menegur perbuatan Eiira yang menggunakan kata-kata kes4t menghiina orang lain dalam livenya.
Tampil memberi respon, Eiira telah muncul dalam video terbaru memohon maaf kepada semua terlibat.
” Assalamualaikum.
” Pertama sekali, Permohonan Maaf Secara Terbuka dari Eiira ini dibuat berikutan terdapat Dua (2) insiiden yang tular ketika Eiira membuat ‘Live’ di Facebook Eira Azira di mana insiiden pertama yang tular adalah berkenaan Restoran 35 di Melaka dan insiiden kedua melibatkan kata-kata berunsur kes4t iaitu (Body Shaming) terhadap individu/Pemilik Akaun Facebook yang bernama Suharnizan Md Sidek.
” Jujur Eiira katakan, SALAH TETAP SALAH. Sebagai individu yang jauh lebih muda Eiira seikhlas hati memohon maaf sebab pada ketika itu Eira gagal mengawal emosi dan amarah sehingga tutur dan kata Eiira telah menyinggung hati banyak pihak.
” Insiiden-insiiden tersebut telah menyebabkan ramai Follower Eiira yang Eiira sayang telah berkecil hati dan sekaligus timbul pelbagai salah faham dan prasangka buruk.
” Beri Kesan Kepada Ahli Keluarga, Suami
” Insiiden yang tular ini juga telah memberikan kesan yang amat dalam pada seluruh ahli keluarga Eiira, Sahabat-sahabat, terutamanya Suami Eiira dan Anak Eiira Qalesya serta agen-agen Klubna Laleh dan Miruku di seluruh Malaysia.
” Eiira secara peribadi sangat kesal dan berilah peluang pada Eiira untuk Eiira cuba memperbaiki diri Eiira, tutur dan kata Eira pada hari-hari yang mendatang. In Shaa Allah
” Permohonan maaf ini dibuat seikhlas hati Eiira dan kepada kalian semua yang telah memberikan komen-komen Negatif terhadap Eiira sejujurnya Eiira telah berlapang dada dan maafkan semua.
” Kerana anda semua berhak untuk berasa kecewa dengan Eiira. Keputusan Eiira untuk tampil membuat permohonan maaf terhadap kedua-dua pihak ini dan juga memberi kemaafan untuk anda semua membuatkan Eira lebih tenang menghadapi ujian ini. In Shaa Allah
” Eiira berharap agar PEMILIK RESTORAN 35 di Melaka dan Pemilik Akaun Facebook SUHARNIZAN MD SIDEK serta seluruh ahli keluarga yang terkesan dengan perbuatan Eiira dapat memaafkan kesalahan Eiira yang dibuat samada secara sengaja mahupun tidak sengaja melalui posting “Live” di Facebook yang terlibat.
” Akhir kata dari Eiira,
” …Maaf adalah tanda keikhlasan selepas melakukan kesilapan. Kerana manusia tidak pernah lari dari melakukan kesalahan. Manusia tidak sempurna begitu juga saya Eiira Azira..”
” Wasalam. 15 September 2020,” akhiri Eiira