
Kisah yang membabitkan isu rumahtangga pelakon dan pengarah muda, Syamsul Yusof dengan isterinya, Puteri Sarah hangat diperkatakan ramai sejak beberapa hari lalu.
Ia bermula apabila timbul dakwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, yang ditemani ibu mentuanya, minggu lalu.
Isu itu kemudian kembali hangat dengan beberapa perkongsian di Instagram milik Puteri Sarah yang mencetus tanda tanya.
” Cvrang adalah pilihan. Bukan kesalahan. Cvrang ni perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa ‘lock’ phone, kena fikir ayat untuk tipu.
” Terlalu susah untuk cvrang. Lebih baik setia,” demikian petikan ayat dikongsi Puteri Sarah di Insta Story.
Youtuber ambil kesempatan buat tajuk fitn4h
Sejak perkongsian Puteri Sarah itu, ramai pihak media termasuk blogger dan Youtuber yang memanipulasi ayat tersebut dengan menggunakan tajuk murahan dan berunsur fitn4h.
Susulan Syamsul Yusof telah memuatnaik video membidas seorang individu yang juga Youtuber kerana memuatnaik video yang mengaitkan isu rumahtangganya.
Lebih mengejutkan Youtuber terbabit secara terang-terangan menggunakan tajuk yang boleh mendatangkan fitn4h kepada beliau apabila menulis tajuk, “Tak Sangka! Rupanya Syamsul Yusof Cvrang Dengan Puteri Sarah”
” Berani tulis tajuk macam ni..Hanya untuk dapatkan view di Youtube. Saya dah semak akaun Youtube ini dari Malaysia dan kita akan dapatkan ID dia semua.
” Melampau bro, jangan main-mainkan nama saya. Saya tahu di Youtube korang nak dapatkan views tu semua, saya tahu itu kerja kamu
” Tapi tolonglah, hormat orang lain..hormat artis, kami pun ada keluarga jugak..saya ada anak bro..
” Macam saluran Youtube ni, Cap#k Geron#ng channel, nama channel pun macam apa dah..dia tulis tajuk yang boleh membawa kepada fitn4h, boleh membuat kepincangan kepada keluarga saya lagi..
Syamsul akan ambil tindakan undang-undang
” Saya akan saman kamu, jumpa kamu di mhkamah..ini bukan soal duit..500 ribu, 1 juta, nak kasi ajar sikit
” Kalau ada artis-artis lain sebelum ini yang pernah kena, kalau dorang tak berani nak saman kau, ini Syamsul akan saman kau sekarang ni..
” Saya tak main-main sekarang, tolonglah hormat orang tengah ada masalah sekarang ni..
” Kalau korang nak fikir kau punya views tapi tak fikir perasaan orang lain, kau dah buat macam ni, okay..see you in court lah
” Saya akan dapatkan peguam terbaik untuk saman kamu.. seriusly bro, melampau..orang lain pun ada perasaan, come on lah hormat lah sikit
” Saya hormat kamu, kamu hormat saya..kita saling menghormati..tolong layan artis Malaysia ni macam apa bro..
” Itu saja nak cakap, jumpa di mahkamah..confirm aku saman kau 500 ribu, 1 juta..aku tak peduli,” akhiri Syamsul
Video Syamsul yang dimuatnaik di Instagram miliknya itu meraih 131 tontonan selepas 5 jam.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan Syamsul yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Youtuber terbabit.
Rakan artis dalam industri juga menyatakan sokongan kepada Syamsul kerana jelas sekali tajuk digunakan Youtuber itu telah menggunakan ayat fitn4h.
” Sokong seratus peratus!” tulis pelakon dan pengarah terkenal, Rosyam Nor.
” Sabar Bro!! Pak Su doakan yg terbaik…Allah Sayang kita bro..Sebab tu Allah Uji kita. Terus Kuat,” tulis bekas pelakon dan pelawak, Syamsul Ghaughau
Dalam pada itu, menerusi semakan di Youtuber milik Cab#k Geron#ng itu juga, video yang meraih lebih 29 ribu tontonan dengan 57 komen itu difahamkan sudah dipadam di akaun Youtube terbabit.
Malah, jika disemak, kebanyakan video yang dibuat adalah berkisarkan gosip artis dengan menggunakan tajuk yang meIampau.
.
Sumber: IG Syamsul