Semasa

Jawapan Annuar Musa Selepas Ditanya Motif Sebenar Dia Pergi Ke Rumah Muhyiddin Yassin Sorang2

Sejak beberapa hari ini tumpuan rakyat beralih kepada isu poIitik semasa susulan pengumuman Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau mendapat sokongan majoriti dan seterusnya mengadap YDP Agong.

Susulan itu, setiap ucapan, kata-kata mahupun pergerakan pemimpin parti poIitik diperhatikan semua pihak.

Terbaru, Setiausaha Agung BN Annuar Musa dilihat hadir ke rumah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur petang ini.

Ia berlaku selepas perhatian umum tertumpu kepada UMN0 dan Bersatu selepas Biro PoIitik UMN0 mengumumkan mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Perjumpaan biasa sebab berjiran

Annuar bagaimanapun ketika ditemui Malaysiakini berkata itu hanya lawatan biasa kerana mereka sebenarnya berjiran.

” Tiada ada, perjumpaan biasa.

” Kita kan jiran,” katanya selepas keluar dari perkarangan rumah Muhyiddin jam 6.11 petang tadi.

Ketika Malaysiakini tiba di perkarangan rumah pengerusi Bersatu itu pada jam 5.30 petang tadi, kereta anggota parlimen Ketereh sudah kelihatan di situ.

Pada jam 5.52 petang pula, muncul kereta lain yang mempunyai tulisan “Istana Negara” dalam tulisan Jawi di atas nombor pendaftarannya.

Sementara itu, ditanya sama ada perjumpaan dengan Muhyiddin mempunyai kaitan dengan kemelut poIitik UMN0-Bersatu, Annuar menafikannya.

Datang seorang saja

” Tiada, saya seorang saja (yang ada di rumah Muhyiddin),” katanya lagi.

Selasa lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Dia berkata telah menyerahkan akuan bersumpah dan surat berkaitan sokongan “lebih 120” anggota parlimen yang didakwa menyokongnya.

Bagaimanapun, menurut istana, Anwar tidak menyerahkan senarainya.

Di sebelah malam, pada hari sama, Setiausaha Agung UMN0, Ahmad Maslan mengumumkan keputusan Biro PoIitik UMN0 untuk membuat pertimbangan menarik diri daripada menyokong PN.

Katanya, UMN0 akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama poIitik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Sementara itu, ditanya tentang kesihatan perdana menteri, Annuar yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata:

” Alhamdullilah, sihat.”

Pada 5 Oktober lalu, perdana menteri dan beberapa menteri lain menjalani kuarantin di rumah kerana menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit positif Covid-19.

Nada Annuar berbeza

Terdahulu, Annuar memuatnaik hantaran di Facebook di mana nadanya ternyata berbeza dengan perkembangan mutakhir terkini.

Ia susulan mesyuarat biro poIitik Majlis Tertinggi UMN0 semalam untuk menimbang untuk menarik semula sokongan terhadap kerajaan PN dan ingin memberikan syarat kerjasama baru kepada PN.

Bagaimanapun Annuar Musa berpandangan tidak salah untuk UMN0, PAS dan Bersatu untuk kembali membuat rundingan poIitik demi kebaikan negara.

Menurut Annuar, poIitik negara dan perpaduan Melayu perlu diperkuat dan ketiga-tiga parti itu bertanggungjawab untuk memastikannya.

” Tidak salah untuk UMN0, Bersatu dan PAS kembali ke ‘drawing board’ poIitik agar kita dapat melakar sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia.

” Untuk itu kita perlu bertenang, banyak berfikir dan bijak bertindak.

” Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yang boleh menimpa rakyat dan negara kita,” katanya.

Sumber:Malaysiakini