Semasa

Ini Taktik Datuk Seri Guna Masa Larikan Diri. Saksi Ceritakan Satu Persatu Dan Ada Kaitan Dgn Kereta Myvi

Akhirnya terjawab persoalan orang ramai yang tertanya-tanya macam mana seorang saspek penggubahan wang haram berjaya melarikan dengan memanjat pagar bangunan SPRM.

Difahamkan Datuk Seri yang dikaitkan dengan sindiket Macau Scam tersebut bukan melarikan diri bersendirian sebaliknya telah dibantu dua pengawal peribadi ketika memanjat pagar belakang bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Menurut sumber SPRM yang berkata, pada 11 Oktober lalu, sembilan saspek yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

Sumber itu berkata, apabila tiba di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai poIis berkumpul di lobi utama.

” Ini menyebabkan kesemua saspek tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada di kalangan ahli keluarga saspek juga hadir untuk proses jaminan.

” Terdapat kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota poIis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM,” katanya.

Menurutnya, hasil perbincangan antara SPRM, poIis dan peguam yang hadir, pihak poIis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

” Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.

” Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu.

” Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan poIis dan saspek ditangkap semula poIis.

” Walaubagaimanapun salah seorang daripada saspek yang telah dibebaskan dengan jaminan, telah diserahkan SPRM kepada peguam beliau,” katanya.

Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan..

Menurutnya, saspek terbabit kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

” Saspek sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama.

” Walau bagaimanapun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, beliau dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan poIis.

” Apabila pihak poIis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari saspek terbabit sudah melarikan diri.

” Hasil semakan CCTV mendapati saspek memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard (pengawal peribadi).

” Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikan saspek,” katanya.