Semasa

Polis Tanya Anwar Mana Senarai Nama Ahli Parlimen Yang Sokong Dia. Sekali Ini Jawapan Anwar Bagi

Nama presiden PKR Anwar Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau dikehendaki hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Susulan dari itu, orang ramai ingin tahu apakah hasil dari soal siasat berkenaan.

Anwar berkata bahawa pihak poIis yang menyoal siasatnya selama dua jam hari ini turut memintanya mengemukakan nama-nama ahli parlimen yang menyokongnya dalam pembentukan sebuah kerajaan baru.

Bagaimanapun, anggota parlimen Port Dickson itu berkata, dia menjawap urusan tersebut hanya melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan bukan di bawah bidang kuasa poIis.

” Saya dah ditemubual ada enam kes terhadap saya umumnya menjurus kepada mereka memohon supaya nama-nama ahli parlimen sokong saya diberikan.

” Saya berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak poIis dalam semua siasatan ini.

” […] dan saya beritahu urusan setakat ini untuk persembahkan kepada Agong bukan urusan pihak poIis dan pihak poIitik kementerian dalam negeri yang arahkan poIis untuk mengetahui nama-nama,” katanya.

Anwar ditemui selepas memberi keterangan di ibu pejabat poIis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua pembangkang itu hadir di ibu pejabat poIis pada jam 3 petang dan selesai memberi keterangan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed mengesahkan Anwar diminta untuk hadir memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa dia mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Katanya. siasatan kes telah dibuka mengikut Sksyen 505(b) Knun Kesksaan dan Sksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selasa lalu, Anwar mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi mengemukakan bukti sahih sokonga kukuh ahli Parlimen terhadapnya.

Anwar juga dalam sidang media kemudian mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin telah jatuh.

Sejurus sidang media Anwar, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan yang ketua pembangkang itu mengemukakan jumlah sokongan diterimanya, tetapi tidak mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya.

Spekulasi kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin bakal tumbang semakin mempunyai asas apabila Biro PoIitik Umno pada lewat petang Selasa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan berkenaan.

Reaksi Tun M

Dalam pada itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mempunyai sokongan kukuh untuk membentuk kerajaan baru.

” Dari awal lagi bila Anwar buat dakwaan kononnya dapat sokongan kukuh, saya tak percaya.

” Dahulu pun dia buat macam tu dah.

” Namun apabila Yang di-Pertuan Agong minta supaya masing-masing menyatakan siapa nak pilih perdana menteri, dia kata dapat sokongan majoriti, tapi tidak ada pun.

” Sekarang ini pun tak pernah juga (ada bukti sokongan),” kata Mahathir yang ketika memimpin kerajaan berjanji menyerahkan kuasa kepada Anwar.