Semasa

Titah Terbaru YDP Agong Setelah Apa Yang Berlaku Dan Ini Nasihat Penting Kepada Pemimpin PoIitik

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, negara menyaksikan pelbagai isu melanda tanahair yang mencetus perasaan kurang senang di kalangan rakyat.

Ia termasuk isu penyebaran wabak COVlD-19 dan juga perebutan kuasa di kalangan pemimpin poIitik negara.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat, khususnya ahli poIitik, agar bermuhasabah supaya negara tidak diheret ke kancah politik yang tidak menentu, lapor AWANI pada 16 Oktober 2020.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Baginda menjelaskan negara masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat ancaman wabak COVID-19.

” Al-Sultan Abdullah turut mengulangi titah nasihat Baginda kepada ahli-ahli Parlimen semasa Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 Mei lalu.

” Baginda menuntut kematangan dalam berpoIitik dan memahami serta menjiwai keluh kesah rakyat dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata Baginda turut menegaskan ahli-ahli poIitik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan, sebaliknya menyelesaikannya melalui perundingan dan proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Suhu poIitik tanah air negara kembali panas susulan sidang media pada 23 September lepas oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Susulan itu, Ketua Pembangkang itu telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Isnin lepas bagi menjelaskan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar sekadar mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau tanpa mengemukakan senarai nama bagi mengukuhkan dakwaan itu.

Untuk perkembagan kes COVID-19 di negara kita hari ini, jumlah kes baru mencatatkan sebanyak 629 kes, 2 daripadanya merupakan kes import dan 627 kes tempatan.

Jumlah kes keseluruhan pula adalah sebanyak 18,758.

Kes sembuh hari ini mencatatkan jumlah sebanyak 245 menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan mencecah 12,259 setakat ini.

Jumlah kes aktif yang sedang dirawat adalah seramai 6,323 pesakit dimana 99 daripadanya dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 31 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 6 kes kem4tian baru hari ini menjadikan jumlah kem4tian keseluruhan di Malaysia sebanyak 176.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa menjaga kesihatan, kerap membasuh tangan dengan sabun atau gunakan ‘hand sanitizer’ selepas menyentuh permukaan berisiko.

Elakkan tempat sesak dan patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).