
Terkini khabar duka diterima dari negara jiran, Brunei Darussalam apabila seorang putera rajanya telah meninggI dnia sebentar tadi.
Dalam watu hantaran di laman sosial media instagram Bruneiroyalfamily, telah memaklumkan bahawa anakanda ketujuh iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim telah meninggI dnia hari ini pada jam 10.08 pagi
Berikut status penuh di laman instagram tersebut Bruneiroyalfamily
” Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
” Dengan amat dukacita memaklumkan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam bahawa dengan takdir Allah Subhanahu Wataala, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah mangkat pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020 jam 10.08 pagi.
” Jnazah Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja pada hari ini, Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020, selepas waktu Asar.
” Maka oleh yang demikian, seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam hendaklah mengibarkan bendera setengah tiang pada hari ini dan berkabung selama 7 hari mulai pada hari ini Sabtu 7 haribulan Rabiulawal 1442 bersamaan 24 haribulan Oktober 2020.
” Sedemikian dengan amat dukacita dimaklumkan.
Siapa Pengiran Muda Haji Abdul Azim
Unutk pengetahuan semua, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim merupakan anakanda pertama Sultan Haji Hasannal Bolkiah bersama bekas isteri baginda iaitu Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz dan merupakan kekanda Pengiran Muda Abdul Aziz dan merupakan kekanda kepada Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan seorang figura popular di laman media sosial
Almarhum mangkat pada usia 38 tahun. Salam takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga di Raja Brunei Darulssalam
Lahir di Bandar Seri Begawan, Brunei pada 29 Julai1982, Pangeran Abdul Azim mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Institut Raffles, dan Universiti Oxford Brookes.
Almarhum kembali pada tahun 2008, seterusnya mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.
Pangeran Haji Abdul Azim juga dikenal sebagai seorang yang sangat mengambil berat terhadap aktiviti kemasyarakatan. Pada tahun 2009, Almarhum menubuhkan dana di mana hasilnya disumbangkan ke badan amal Make A Wish Foundation UK.
Semoga arwh di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.