Hadiahkn Pelajar Motor Baru, Tapi Dia Sendiri Naik EX5 Je. Rakan Dedah Berapa Sebenarnya ‘Income’ Cikgu Fadli

Minggu lalu, pihak Asia Kini pernah berkongsi kisah seorang pelajar IPTS yang ditangkap sewaktu mahu keluar curi-curi untuk buat part time dengan Alam Flora.

Bahasa mudahnya, pelajar ini kerja part time sapu sampah dengan Alam Flora dari jam 10 malam hingga 6 pagi, tapi pihak IPT tak tahu, dan dia terpaksa panjat pagar asrama untuk keluar pergi kerja.

Kisahnya pelajar ini kantoi masa nak panjat pagar dan kena tangkap dengan pak guard. Masa tu dia pakai baju uniform Alam Flora.

Pelajar ini kemudian dibawa berjumpa warden ( pensyarah), masa itulah pelajar ini ceritakan semuanya kepada warden tentang kisah hidupnya yang sangat menyentuh hati.

Kebetulan warden ini pula rakan kepada cikgu Mohd Fadli Salleh, seorang aktivis masyarakat yang dikenali ramai.

Dengan usaha yang digerakkan oleh cikgu Fadli, maka mereka berjaya mengumpul duit dan menghadiahkan motosikal baru kepada pelajar tersebut supaya dia dapat buat part time Grab Food atau Food Panda pula.

Dalam pada itu, seorang rakan kepada cikgu Fadli iaitu cikgu Zahran berkongsi di Facebook beliau mengenai sifat sebenar presiden pertubuhan Dana Kita itu.

Berikut ‘posting’ ditulis Cikgu Zahran;

Cikgu Fadli bawa motor EX5 buruk 

” Semalam aku turut serta ketika serahkan motor sumbangan kepada adik student yang curi curi kerja dengan Alam Flora. Tak ramai student yang nak buat kerja 3G kat Malaysia ni. Kalau student kat oversea memang biasa.

” Motor itu motor baru. Koyak plastik. Sumbangan sahabat Dana Kita. Tapi yang aku hairan, Presiden Dana Kita, cikgu Mohd Fadli Salleh sendiri masih bawa motor EX5 buruk. Selesa ke sana ke sini.

” Kalau nak ikutkan, dia mampu pun. Income dia dalam bisnes cecah puluhan hingga ratusan ribu..sebulan. aku pernah join beberapa affiliate. Nama dia selalu nombor satu dalam ranking.

” Ya lah. Follower dia ratusan ribu. Komisyen dia setakat 50 ribu senang senang. Itu belum lagi paid promo yang dia buat. Tapi dia memilih untuk naik motor buruk kesayangan dia sahaja

” Aku bukan nak lambung Presiden dan Penaung Dana Kita ni. Tapi bila kami melibatkan diri dalam kerja kerja kebajikan, fitnah akan menjadi salah satu yang kita kena hadap.

” Aku sendiri takut. Bila kita memegang amanah yang besar, kita akan sentiasa berhadapan dengan fitnah yang berlingkar sepanjang masa.

” Sebab itu aku jarang up kalau pergi jalan atau beli sesuatu. Takut menjadi fitnah.

” Padahal kita ada profesion masing masing. Mampu kalau setakat nak bawa anak bini jalan jalan ke tempat yang selesa atau nak beli sesuatu untuk diri sendiri.

” Begitulah hakikat bila melibatkan diri dalam kerja sukarelawan. Banyak benda yang terpaksa dikorbankan. Seperti kata beliau “Kita sepakat tidak akan mengambil upah di dunia ini”.

” Biarlah Allah yang memberi ganjaran kepada kerja buat kita. Inilah dakwah kecil yang mampu kita laksanakan.

” Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang tidak putus putus kepada kita semua.

Muhammad Zahran.
Bendahari,
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

Sumber:FB cikgu Zahran