Suami Isteri Naik Motor Redah Hujan Dari Perak-KL Demi Rawat Anak. Tiba2 Dua Lelaki Tahan Suruh Berhenti

Satu perkongsian tular di Facebook suami isteri gigih naik motosikal dari Ipoh, Perak ke Kuala Lumpur kerana mahu membawa anak mereka mendapatkan rawatan di HKL.

Difahamkan pasangan suami isteri itu dalam usaha mendapatkan rawatan buat anak istimewa mereka yang mengalami b4rah mata.

Nur Natasya Rasid, 24, dan suaminya , Muhammad Iqmal Ramli, 24, sanggup menunggang motosikal dari Taman Meru, Ipoh, Perak serta anak mereka, Nur Mardhiah Shahadah, 3, meredah hujan lebat untuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin.

Kisah tiga beranak itu tular di laman sosial selepas Nur Natasya memuat naik hantaran di Facebook (FB), hari ini.

Menurut Nur Natasya, dia memuat baik hantaran itu untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya dan suami di sepanjang perjalanan dan tidak menyangka ia tular.

” Kami datang ke Kuala Lumpur untuk membawa Nur Mardhiah menjalani pemb3dahan memasukkan steroid dan membuang lebihan daging pada mata kiri yang dibuang Februari tahun lalu serta alat kemoterapi (kemo pod) pada dada di HKL, Jumaat ini.

” Kami bertolak pada 3.30 petang semalam ketika cuaca masih elok, tetapi setibanya di Tapah, langit mendung sebelum hujan lebat menyebabkan kami terpaksa berhenti berteduh di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ladang Bikam.

Ditahan dua orang ‘abang’ pandu 4×4

Tambah Nur Natasya, sebaik melepasi RNR Behrang tiba-tiba ada dua orang lelaki naik pacuan empat roda menahan mereka suruh berhenti kat tepi lebuhraya.

Mereka bertanya mahu dari mana dan mahu ke mana dan dari mana. Sebaik diberitahu, mereka terus terkejut dan mahu menumpangkan pasangan itu sehingga ke HKL, meskipun masing-masing tak yakin boleh lepas roadblock.

” Selepas lebih sejam berehat, kami teruskan perjalanan dan tidak jauh sebelum tiba di Tanjung Malim, sebuah kenderaan pacuan empat roda berhenti sebelum pemandunya mempelawa kami naik bersama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Nur Natasya berkata, mulanya dia dan suami ragu-ragu untuk menerima pelawaan itu, tetapi akhirnya setuju menaiki kenderaan berkenaan.

Menurutnya, dia bersyukur kerana perjalanannya yang bermula sukar dipermudahkan, malah tidak berdepan halangan untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Duta iaitu laluan masuk ke ibu kota.

” Alhamdulillah, anggota polis bertugas memberi kerjasama baik dan membenarkan kenderaan membawa kami melepasi SJR selepas menunjukkan dokumen perubatan anak.

Hamba Allah bayarkan caj penginapan hotel

” Mereka menghantar kami sehingga ke HKL dan ikutkan, kami bercadang tidur di stesen minyak saja memandangkan hanya membawa wang belanja RM250.

” Namun, rezeki kami apabila ada seorang hamba Allah membantu menempah dan membayar caj penginapan hotel untuk dua malam berhampiran HKL,” katanya.

Di sebalik ujian berlaku, Nur Natasya berterima kasih kepada mereka yang menyumbang tenaga, wang ringgit dan mendoakan keluarganya.

Pada masa sama, dia berharap pemb3dahan anak bongsunya itu berjalan dengan lancar.

” Memang gementar menanti pemb3dahan itu kerana ris1ko tetap ada.

” Lagipun, anak mnghidap Cere-bral PaIsy (CP), krmosom 13q iaitu sejenis pnyakit kelainan genetik selain mempunyai mas4lah pada hati, usus,paru-paru dan terbaru jngkitan kuman pada telinga kanan.

” Biarpun setahun lebih anak tidak menjalani rawatan kemoterapi, belum ada pengesahan menyatakan dia bebas barah.

” Namun, saya sentiasa berdoa supaya dia bertahan walaupun hayat pes4kit sepertinya lazimnya sehingga usia lima tahun saja,” katanya.