
Satu perkongsian di FB oleh Muhammad Irwan tentang seorang lelaki yang memohon bantuan katil selepas dia kmIngan di tempat kerja dan akhirnya hilang upaya untuk bekerja.
Irwan adalah seorang pensyarah dan warden di University of Kuala Lumpur (UniKL) dan merupakan rakan kepada cikgu Mohd Fadli Salleh yang sering tular melakukan kerja kebajikan.
Tergelincir di tangga ketika bekerja
Aku tak tahu nak mula macam mana cerita ini. Semalam aku dah cuba menulis tapi aku padam balik tetapi malam ni aku cuba untuk menulis juga.
Dahulunya beliau seorang anak lelaki yang sihat walafiat, bertanggungjawab dan sangat mengambil berat hal ehwal ahli keluarga kini sudah tidak mampu melakukan apa – apa untuk membantu keluarga.
Kisah ini berlaku pada tahun 2018 apabila Z yang bekerja disebuah syarikat insuran terkemuka mengalami kecederaan tulang belakang akibat tergelincir di tangga ketika bekerja.
Selepas terjatuh, beliau hanya pergi ke klinik biasa dan doktor hanya memberi ubat tahan sa-kit. Selepas 2 hari beliau masih berasa sa-kit dibahagian belakang dan beliau terus pergi ke hspital.
Sampainya di hspital beliau terus dimasukkan ke wad dan rawatan telah dijalankan. Doktor mendapati bahawa sebahagian tulang pinggul Z mengalami kecederaan yang teruk dan agak susah untuk dirawat.
Sepanjang tempoh rawatan beliau dihantar kesana kemari di beberapa hspital kerajaan dan swasta.
Kemuka tuntutan SOCSO tapi ditolak, mohon bantuan zakat juga tidak berjaya
Dalam pada beliau masih dalam menerima rawatan, beliau telah mengemukakan tuntutan SOSCO akibat kec3deraan beliau dan berita agak meyedihkan ialah tuntutan beliau ditolak dan perkara ini telah dibawa sehingga ke mahkamah tinggi namun nasib masih tidak menyebelahi beliau.
Mungkin pihak hakim mempunyai sebab mereka tersendiri yang menyebabkan tuntutan Z ditolak sehingga ke mahkamah rayuan.
Aku diberitahu tuntutan beliau ditolak adalah disebabkan beliau lambat ke hspital untuk membuat rawatan.
Beliau terlewat 48 jam dimana hari ke 3 baru beliau pergi mendapatkan rawatan sedangkan kalau mengikut apa yang diceritakan, untuk seseorang mendapatkan pampasan SOSCO perlulah mendapatkan laporan dari doktor hspital dalam masa 24 jam dari kejadian. Ini yang beliau ceritakan kepada aku dan sahabatku ketika kami ziarah Z.
Beliau juga ada memohon dengan dengan Zakat tetapi permohonan beliau ditolak atas sebab-sebab tertentu.
Selama 2 tahun ulang alik mendapatkan pelbagai jenis rawatan termasuk rawatan tradisional, beliau akhirnya telah dibuang kerja.
Sudah jatuh ditimpa tangga, dalam keadaan beliau yang masih skit, ibunya pula disahkan mngidap b4rah t4hap 4.
Kini hanya kakak dan seorang adik tempat mereka bergantung harap. Si kakak yang sudah berkeluarga mengambil tempat untuk menyara keluarga termasuk Z yang masih dalam tempoh rawatan akibat kmIangan jatuh ketika bekerja.
Aku dan kawan, Adam Kerek terdiam tidak berkata apa-apa kerana pada pandangan kami Z sangat struggle dalam mengharungi kehidupan beliau ketika ini.
Bayangkan dalam usia baru 31 tahun, beliau mender1ta sa-kit akibat kmIangan dan emaknya pula mengalami sa-kit knser yang mana ianya juga memerlukan rawatan khusus.
Ya Allah,kau permudahkanlah urusan keluarga ini. Kami hanya mampu berdoa, kami hanya mampu menyampaikan sumbangan anda serta kami hanya mampu mendengar luahan Z namun aku percaya Z sangat kuat, sangat tabah dan sangat bersemangat untuk sembuh seperti sedia kala.
Inilah realiti kehidupan, ujian yang melanda kita semua sangat berbeza. Banyak yang aku pelajari apabila terlibat dalam kerja-kerja sebegini.
Kita sendiri pun tak tahu apakah nasib kita dimasa hadapan. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita semua dan semoga segala urusan kita semua dipermudahkanNya.
Terima kepada penyumbang semua Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa kalian.
” Bagi segelintir orang, KEBAJIKAN adalah sekadar memberi bantuan, tetapi bagi mereka yang MEMAHAMI, ianya adalah KEHIDUPAN”
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DANA KITA
564221646925 (MAYBANK)
” Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah Dana Kita.”
Sumber:FB Muhammad Irwan