Semasa

Tulis Tips Macam Dia Dah Berjaya Dan Kaya Sangat. Macam Bagus Jer Dia Ni, Bagi Sumbangan Pun Kecoh

” Tulis tips macam dia dah berjaya dan kaya sangat. Macam bagus je dia ni. Asyik cerita pasal dia je. Bagi sumbangan pun kecoh”.

Biasa dah aku kena ayat begitu. Mereka tak datang komen di wall aku, mereka akan screenshot atau share post aku dan membawang kat wall mereka.

Memang ada spesis yang tak boleh lihat orang senang. Tak boleh lihat orang lebih dari dia. Tak boleh lihat orang suka share pengalaman, tips, ilmu, petua dan seumpamanya.

Kawan-kawan…

Jika kalian pernah kena sindir begitu, abaikan. Teruskan berkongsi kebaikan, ilmu, tips, petua dan apa sahaja yang memberi manfaat serta inspirasi pada orang lain.

Followers yang ramai datang bersama ramai juga haters yang cemburu dan tak suka kita. Itu normal lah.

Bukan semua orang suka kita. Normal la tu. Kita pun tidak suka semua orang. Ye dak?

Pernah dulu sepupu aku Jeroong Wia berkongsi pengalaman dia duduk di Jepun, pengalaman travel ke 37 negara dengan modal RM4k keliling dunia seorang diri. Pun ada je yang kritik,

” Baru duduk Jepun setahun dua kecoh nak kongsi tips dan pengalaman. Aku duduk dah 30 tahun pun tak ada nak kongsi menulis macam bagus dan tahu sangat”.

Orang begitu memang wujud dan real gais. Dah la mereka tak berkongsi, orang berkongsi mereka sindir-sindir pula.

Spesis yang tak senang melihat orang senang ni memang ramai dan ada. Orang berkongsi kejayaan, orang berkongsi kebahagiaan, orang berkongsi kegembiraan, orang berkongsi pengalaman memang mereka tak suka.

Mereka ni suka betul jika lihat orang lain bawah pada dia. Mereka suka lihat orang jatuh dan gagal. Mereka tunggu je masa untuk bertepuk tangan dan ketawakan.

Usah terkesan dengan mereka. Teruskan berkongsi yang baik-baik saja. Teruskan memberi inspirasi kepada orang lain.

Bukan nak tunjuk hebat, tunjuk kaya

Kita berkongsi bukan kerana kita nak tunjuk pandai, nak tunjuk hebat, nak tunjuk kaya.

Lebih ramai orang kaya, berjaya, hebat dan bijak dari kita. Namun kita berkongsi dalam circle kita. Berkongsi pada orang yang masih dibawah kita agar mereka terus bersemangat untuk berusaha.

Kita nak katakan pada mereka yang sedang jatuh bahawa mereka tidak keseorangan. Bahawa orang lain yang dilihat berjaya pada hari ini pun melalui saat kejatuhan yang sama. Bahkan lebih lagi.

Cubalah menjadi lebah, hanya mencari yang manis-manis saja. Dari menjadi lalat suka mencari benda busuk dan buruk sahaja.

Kita hidup tidak lama. Usahlah dengki dan cemburu dengan hidup orang lain.

Kita saling sokong menyokong antara satu sesama. Teruskan sahaja berbuat kebaikan dan berkongsi kebaikan.

Usah takut disindir bila kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Yang menyindir itu satu, yang mendapat inspirasi itu seribu. Mana tahu dari perkongsian kita ada orang berjaya mengubah kehidupan mereka juga.

Bukankah ia akan menjadi pahala buat kita? Kita semua hanya pendosa yang ingin ke syurga. Moga Allah memberi rahmatNya.

Selamat malam dunia!

Sumber:FB cikgu Mohd Fadli Salleh