Semasa

Punyalah Besar Hospital King Abd Aziz, Sampai Tersesat. Kisah Wanita Kerja di Saudi, ‘Kalaulah Tahu Macam Ni’

Kisahku di Bumi Saudi Arabia..

Salam semua..ramai yang dm saya minta saya kongsikan dari awal perjalanan saya ke Saudi. Perkongsian hari ni saya nak share dari Malaysia-Riyadh.

Persoalannya kenapa ke Saudi tinggalkan anak yg masih kecik..? sanggup kan tinggalkan keluarga..kenapa..malaysia tak bagus ke kerja?

Semua bermula lepas saya habis berpantang anak sulung. Setelah dua bulan saya jaga sendiri anak, tengok keletah baby, uruskan baby, tiba-tiba dah abis cuti bersalin dan terpaksa kerja balik..

Jadi anak saya hantar ke rumah mak mertua untuk jaga. Hari last cuti saya menangis sebab macam sedih tak dapat nak jaga baby, saya moody sangat hari tu.

Rasa macam hari tu juga nak hantar resign letter, taknak keje dah dan nak jadi surirumah. Tapi bila fikirkan saya ada hutang saya sendiri, kereta, rumah, kad kredit dan personal loan (buat loan tak bincang ngn parent hah padan muka) macam tak fair nak suruh husband tanggung semua walaupon husbnd cakap dia mampu.

Anak seorang masih mampu, kalau anak dah bertambah nanti macam mana. Dari situlah saya terfikir nak kerja kat Arab Saudi sebab nak setel semua hutang dan taknak keje dah time tu..janji cuma setahun je.

Saya pergi ke agensi (melorita) dan tanya semua proses dan kebetulan time tu Saudi offer hospital di Madinah (hospital baru) husband saya izinkan pon sebab Madinah. Tapi saya kena attach di hospital Riyadh dulu 3 bulan.

Saya lalui proses demi proses..bukan senang yer, nursing exam, .english exam dan ada interview dr wakil hospital dan alhmdulillah semuanya dipermudahkan.

Akhirnya setelah 7 tahun berkhidmat di hospital pakar puteri JB saya resign. Memang sedih sebab di situlah bermula kerjaya saya, pengalaman saya, banyak yang saya belajar. Terima kasih PSH.

Sementara tunggu visa ,saya habiskan masa dengan anak dan family. Bila dah dekat tarikh nak fly Allahu baru datang perasaan yang macam-macam..sebak, takut, sedih, kecut perut..semualah. Lagilah bila malam renung muka anak berjurai airmata.

Tibalah masa hari nak fly, family semua hantar ke KLIA. Sampai hari ni saya benci dengan escalator yang pisahkan saya dengan orang tersayang.

Saya turun escalator tu rasa kaki macma tak jejak bumi. Ketat dalam hati ni macam nak meletop tapi saya tahan lihat semua family melambai-lambai.

Kami dalam 15 orang dari Malaysia yang fly bersama dalam group tu. Sebelah saya, sahabat sama-sama keje PSH juga iaitu Diana Yan Ali, kami menangis sama-sama sepanjang dalam flight.

Tidur sekejap, bangun menangis, tidur..menangis…smpailah Riyadh! Bayangkanlah.

Sampai di airport kami disambut wakil dari hospital dan terus bawa kami ke tempat tinggal kami di AL-FAISALLIYAH COMPOUND.

Gambar, (kiri) Pintu masuk Al Faisalliyah Compound Riyadh. bila musim sejuk cantik dengan bunga, (kanan) banglo tempat tinggal Sherifah.

MasyaAllah besar rumahnya, rumah banglo 2 tingkat, 3 bilik tidur. Rumah lengkap dengan perabot memang mewah. Kami tinggal bertiga iaitu saya, Diana dan kak Zaifah Salleh.

Peralatan dapur semua baru. Oven, microvawe, mesin basuh, dryer, mixer buat kek pon ada. Orang arab memang guna dryer dorang tak sidai baju kat luar yer..

Kenapa? Sebab pertama HABUK! Yang kedua tiada perempuan kat sana nak kuar rumah sidai kain. So baju masuk dryer siap terus lipat.

Musim sejuk di Riyadh, sejuk sampai ke tulang

Kami sampai di Riyadh masa musim sejuk. Sejukk sangat-sangat sampai ke tulang. Kami pulak takderlah sediakan apa-apa pakaian sejuk, jadi memang beku lah.

Esok harinya, kami dijemput macam ala2 van sekolah yang kecik tu ke hospital. Alkisahnya kami ni Madinah staff so mereka asingkanlah kami duk luar, hampir 20 min ke hospital. Kalau staff Riyadh memang tinggal dalam hospital compound.

Pihak hospital bagi advance gaji 2000saudi riyal untuk belanja. Balik je kami terus ke Mall beli winter clothes..pakai gloves pon hujung jari masih kebas, sejukkk sangat2.

Minggu pertama kami sibuk sikit dengan orentasi..exam lagi, banyak giler exam. Banyak urusan kami nak setelkan..bank, uniform, tempat kerja, documents so memang sibuk seminggu tu.

Alhamdulillah semuanya dah selesai lebih kurang 2 minggu barulah kami masuk ke department masing-masing untuk start kerja…itu pon ada lagi EXAM!!

Kalaulah tahu macam ni banyak kena exam awal-awal lagi tak plan nak ke Saudi huhuhu.

Saya kerja di bahagian kecemasan. Makkk oi besarrrrr department kecemasan hospital tu! Kecemasan saja tau..kecemasan saja dh sama besar dengan hospital pakar puteri..

Cuba bayangkan mcm mana punya besar hospital KING ABDULAZIZ NATIONAL GUARD RIYADH! Memula memang asyik sesat je.

Dalam hospital ada starbucks, ada Auntie Anne’s, subway..dan banyak lagi kedai2 coffee yang standard. Awal2 agak jakun jugak, helipad pon ada sebab hospital ni Trauma Centre, bank pon ada tau.

So bermulalah pengalaman saya kerja dengan rakan sekerja berlainan agama dan negara. Di Riyadh ada staff non muslim.

Tapi, apa yang memeritkan, memenatkan, menyakitkan, merunsingkan, melemahkan, menyedihkan adalah HOMESICK…HOMESICK….HOMESICK….HOMESICK!!!!

Siapa yang pernah rasa sakitnya homesick ni pasti tau peritnya macam mana.

Tunggu k…next entry saya share pengalaman kerja selama SETAHUN di Riyadh ( janjinya 3 bulan je kan) dan saya hampir2 nak resign sebelum setahun..kenapa?? nanti next entry saya kongsikan…..

Tunggu tau…Sekadar berkongsi pengalaman,

Kredit:FB Sherifah ismail