Semasa

‘Abah Minta Maaf’, Nota Terakhir Pesakiit COVlD Sebelum Ditidurkan Dan Akhirnya MeninggI Dnia

” Tolong doa dan terus solat hajat. Abah minta maaf. Jaga diri semua,”

Itu nota ditulis Ahmad Mohamad Tayib, 58, menerusi dua helai kertas sebelum menghembvskan nfas ter4khir di Hspital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak, pada Rabu lalu.

‘Kata-kata’ terakhir itu menjadi tular selepas dikongsikan oleh anaknya, Syafiqa Humairak di halaman Facebook.

Menurut Syafiqa, bapanya yang menghidap pnyakit buah pinggang dimasukkan ke hspital selepas disahkan positif COVlD-19, pada 12 November lalu.

Bagaimanapun, wanita berusia 32 tahun itu memberitahu, kesihatan bapanya merosot dan dikomakan di unit rawatan rapi (ICU) pada Isnin lalu.

” Kami sekeluarga buat video call dengan abah sebelum abah ‘ditidurkan’. Masa tu abah tak boleh bercakap sebab dipasang dengan alat bantuan pernafasan.

” Apa yang abah buat adalah menulis nota dan menunjukkan apa yang abah tulis kepada kami menerusi video call. Abah angkat tangan bagi isyarat minta kami berdoa dan bersolat… sebelum abah ‘ditidurkan’,” katanya kepada mStar.

Luahan Syafiqa di laman sosial menyentuh perasaan. Nota kedua daripada arwh bapa Syafiqa.

Berkongsi detik itu, Syafiqa yang berasal dari Ipoh berkata, mereka sekeluarga begitu sedih namun terpaksa menyembunyikan perasaan itu daripada bapanya menerusi panggilan video.

” Sedih, sebab kami tahu kebarangkalian untuk abah kembali sedar adalah tipis. Tapi kami tetap tidak berputus asa, berdoa dan solat hajat untuk abah.

” Masa video call tu, selain abah, kami semua seorang demi seorang minta maaf kat abah.

” Syukur kami semua disatukan meskipun masing-masing dari lokasi yang berbeza,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.

Walaupun berhajat untuk menyimpan nota terakhir itu, Syafiqa berkata, mereka sekeluarga tidak dibenarkan berbuat demikian kerana kertas itu dikhuatiri mengandungi virus COVlD-19.

Mengakui terkilan kerana tidak menguruskan dan menghadiri pngebvmian bapanya yang juga dikenali sebagai Ustaz Ahmad, Syafiqa reda dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam menguruskan pngebvmian jnzah pes4kit COVlD-19.

” Dari satu sudut, memanglah terkilan sebab tak dapat uruskan abah tapi dari sudut lain pula kami positif kerana segala urusan pngebvmian abah dipermudahkan,” katanya.

Syafiqa turut bersyukur kerana diberi peluang untuk bercakap dengan bapanya yang merupakan pesara kerajaan itu sebelum keadaan kesihatannya merosot.

Abah beritahu yang dia sayangkan saya

” Abah seorang yang tegas dan penyayang, tapi abah susah nak tunjukkan dengan percakapan yang dia sayang kami, tapi dia tunjuk dengan cara ambil berat.

” Tapi saya paling terkesan pada Sabtu lepas (14 November) semasa buat panggilan dengan abah. Saya sempat minta maaf dengan abah dan alhamdulillah, abah maafkan saya.

” Tapi apa yang paling saya tak dapat lupakan apabila masa call tu, abah beritahu yang dia sayangkan saya.

” Susah abah nak sebut perkataan sayang, tak ingat bila dia sebut kerana selama ni kasih sayang abah hanya menerusi perbuatan,” katanya dengan nada sebak.

Selain bapanya, Syafiqa berkata, ahli keluarganya yang lain turut dijangkiti COVlD-19 termasuk anak saudaranya yang berumur setahun.

Katanya, arwh bapanya selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Jalan Bendahara di Ipoh.