Semasa

Pernah Cipta Lagu Untuk Zaiton Sameon Dan Menang AJL 1987, Komposer Terkenal A. Ali MeninggI Dnia

Kisah duka bertandang lagi, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan berita sedih selepas sehari pemergian komposer terkenal Ruslan Mamat yang meninggI dnia semalam.

Hari ini, komposer ternama A Ali pula menghembvskan nfas terakh1r pada pagi, Sabtu.

Media dimaklumkan oleh ahli keluarga Allahyrham, komposer itu meninggI dnia ketika sedang tidur di kediamannya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih.

” Assalamualaikum. Saya anak kepada Hamdan B Atan aka A.Ali, dengan ini memberitahu perkara mendukacitakan. Ayah saya telah kembali kerahmatullah pagi tadi dalam keadaan tidur.

” Jnzah sekarang berada di Hospital Kajang untuk urusan bawa balik ke rumah. Semoga roh arwh ayah saya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya.

Menurut anak kepada A Ali yang dikenali sebagai Huda, jnzah akan dikebvmikan di Tanah Perkburan Islam Sungai Kantan Kajang selepas solat Zohor.

Allahyrham yang berusia 71 tahun meninggal seorang isteri, sembilan orang anak dan 10 cucu.

Kenali siapa A. Ali

A Ali atau nama sebenarnya Hamdan Atan merupakan bekas pemain gitar dan penyanyi kumpulan Kembara yang turut dianggotai oleh penyanyi terkenal Datuk M Nasir.

Kumpulan Kembara merupakan kumpulan penyanyi yang diasaskan oleh M. Nasir. Kumpulan Kembara yang menampilkan 3 penyanyi lagu-lagu puisi dan lagu ‘rakyat’ ditubuhkan sekitar awal 1980-an di Singapura dan dianggotai oleh M.Nasir, A.Ali dan S.Sahlan.

A.Ali dan S.Sahlan telah meninggalkan kumpulan Kembara dan untuk 3 album seterusnya, beberapa orang anggota baru telah menggantikan kekosongan A.Ali dan S.Sahlan iaitu;

M.Nasir sebagai Penyanyi Utama & Latar
Shahrum Basiron sebagai Pemain Drums & penyanyi
Rahman Suri sebagai Pemain Bass & penyanyi
Zulkifli Mohamed (adik M Nasir) sebagai Pemain Gitar Utama & penyanyi
Md. Shah Othman sebagai Pemain Keyboard & penyanyi

Anggota ini terus kekal sehinggalah Kembara berpecah dan anggota kumpulan membawa haluan masing-masing.

Sebanyak lebih kurang 65 buah lagu telah dihasilkan sejak dari awal, kebanyakannya karya M.Nasir, S. Amin Shahab dan A.Ali.

Sebelum menyertai Kembara bersama Datuk M. Nasir dan Sahlan, A. Ali merupakan pemain gitar untuk kumpulan Sweet Charity.

Allahyrham pernah bersama ahli kumpulannya membuat persembahan pada malam Gala Konsert Hati Emas Kembara di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada November 2014.

Lagu ciptaan Allaharham iaitu Menaruh Harapan yang dinyanyikan oleh Zaiton Sameon memenangi Anugerah Juara Lagu 1987.

Allahyrham juga antara komposer yang menaikkan nama penyanyi terkenal seperti Rohana Jalil menerusi lagu ciptaannya Resahku dan Francissca Peter (Diri Ku Terbelenggu).