Semasa

Demi Kumpul Duit Utk Sedekah Ibadah Kurban, Nenek Ini Mengutip Sampah 5 Tahun Dan Akhirnya Tertunai

Kisah seorang wanita warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah dan akhirnya berjaya mengumpul RM2,920 bagi menunaikan ibadah kurban cukup menyentuh hati orang ramai.

Tular sekitar Ogos tahun lalu, kisah wanita ini yang mengumpul barang terbuang selama beberapa tahun dan akhirnya berjaya membeli seekor lembu bagi ibadah kurban mendapat liputan meluas pihak media ketika itu.

Mesra dengan panggilan Nenek Sahnun, 60, hidup sebatang kara dan sering menumpang tidur di sebuah gerai di tengah Kota Mataram, Lombok, Indonesia.

Nenek Sahnun, menyara kehidupan dengan menjual hasil kutipan sampah setiap hari dan dikatakan beliau sempat tinggal di perkvburan umat Hindu.

Simpati dengan nasib Sahnun, seorang warga tempatan kemudian membenarkan wanita itu untuk tumpang berteduh di gerai miliknya.

Menjelang pagi, Sahnun akan segera menggulung tikar alas tidur kerana pemilik gerai perlu memulakan aktiviti perniagaan.

Difahamkan keluarga Sahnun berasal dari Narmada, Lombok Barat. Namun sehingga saat ini, tidak ada satu pun keluarganya yang datang mencari di mana dia berada.

Setiap hari Sahnun akan memikul guni berisi botol plastik dengan tubuh kecilnya. Dengan cepat dia melangkah menyusuri jalan kota Mataram demi mencari barang-barang terbuang.

Sahnun biasanya akan mula keluar mulai dari subuh hinggalah ke malam dan cuma berehat seketika pada waktu tengahari, dan begitulah rutin setiap hari.

” Pagi-pagi subuh sudah keluar, kemudian balik untuk rehat sebentar nanti lagi lanjut sampai malam,” ujar Sahnun dengan bahasa Sasak ditemui Kompas.com, pada Selasa (30/7/2019).

Menurut Sahnun, sudah lima tahun dia mengumpul wang untuk diniatkan membeli haiwan bagi ibadah kurban.

Dan akhirnya pada Aidil Adha tahun 2019, nenek Sahnun akhirnya berjaya membeli seekor lembu untuk dikurbankan, hasil dari titik peluhnya selama lima tahun.

Ketika ditanya alasan nenek Sahnun ingin menunaikan ibadah kurban, dia hanya melempar senyuman kecil dengan anggukan.

Hal itu menandakan bahawa niatnya untuk berkurban dan tidak mahu diketahui oleh orang lain.

Pengurus Masjid Nur Iman bernama Kaling, masjid dimana nenek Sahnun menunaikan ibadah kurban, sempat berasa terkedu di saat menerima wang RM2,920 dari nenek pemungut sampah itu.

” Saya juga terkejut kok bisa nilai seekor lembu yang harganya 10 juta (RM2,920), mampu dibeli oleh seorang yang pekerjaannya sehari-hari pemulung (pengutip sampah),” kata Kaling.

Tambah Kaling, penyerahan wang untuk membeli lembu kurban itu dilakukan nenek Sahnun ketika majlis taklim di Masjid Nurul Iman yang dilakukan setiap hari Kamis.

” Ketika itu Sahnun spontan memberikan wang 10 juta (RM2,920) untuk berkurban, juga membuat para ibu-ibu tercengang dan kaget.” kata Kaling lagi.

Namun apa yang menyentuh hari ramai, meskipun hidupnya ibadat kais pagi makan pagi, namun tidak pernah sekalipun Sahnun minta belas ihsan orang lain seperti pengemis.

Seorang warga tempatan juga berkata dia kagum melihat perjuangan hidup Sahnun yang setiap hari makan dari sisa terbuang hingga mampu membeli haiwan kurban.

” Dari dulu nenek ini saya lihat duduk di sekitar luar pasaraya, tapi tidak pernah minta-minta. Kalau dikasihpun dia tidak mau,” kata warga tempatan tersebut.