
Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Itu perumpamaan tepat bagi menggambarkan keadaan dialami sesetengah masyarakat kita hari ini yang bergelut mencari rezeki demi sesuap nasi.
Apatah lagi sejak pndemik COVlD melanda pada hujung tahun 2019, sebilangan besar rakyat Malaysia terjejas termasuk hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Mujur di Malaysia, meskipun ramai rakyat terjejas teruk sehingga ada yang tidak mampu membeli makanan, namun ramai juga yang tampil menjadi ‘hero’ dengan hadir menghulurkan sumbangan.
Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang guru bernama Maisarah Hannan di FB beliau yang telah menyentuh perasaan orang ramai.
Berikut perkongsian cikgu Maisarah;
Brothers & Sisters fillah…
Tiada yang namanya kebetulan di dunia ini. Semua berlaku dengan izin dan kehendak Nya. Pasti ada hikmahnya.
Si ibu memegang payung untuk melindungi 3 anak kecilnya yang kehujanan, Si ayah pula membetulkan bambu panjang yang digunakannya untuk mengait kelapa muda.
Ini situasi yang saya terlihat di tepi jalan semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi agihan bantuan.
Kereta saya hentikan serta merta!! Tak fikir banyak, langsung buka bonet capai 10kg beras, sekotak telur & barang dapur lainnya untuk diberi pada keluarga ini. Mujur ada lebih.
” Buat apa sini kak?
” Kelapa ni jual ka?
” Tinggal mana?
Kait kelapa untuk dijual
Tanya kami kerana ingin tahu. Si ayah belum dapat bekerja sebab PKPB. Mereka mengait kelapa yang tumbuh terbiar di tepi jalan untuk dijual. Pastinya untuk membeli keperluan kehidupan.
Tak sampai hati tengok anak-anak kecilnya berhujan duduk di tepi jalan.
” Kak, saya beli semua ni pastu kakak dan budak-budak terus balik rumah ya… Jangan di sini lagi, hujan.” ia ia saja kata si ibu. Simpati sebenarnya.
Andai kalian dipertemukan dengan insan-insan seperti ini, belilah hasil jualan mereka. Walaupun ianya mungkin bukanlah keperluan kita.
Niatkan saja untuk membantu. Kita buat supaya mereka bisa pulang awal ke rumah untuk berehat. Bolehkan. Jadilah alasan orang lain tersenyum.
Demikian perkongsian yang meraih 1.7k tanda suka dan lebih 200 shares.
Bagi yang tidak mengenali, Maisarah Hannan merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St. Cecilia, Sandakan Sabah.
Kisah cikgu Maisarah pernah tular sebelum ini kerana menyediakan makanan percuma kepada murid yang kurang bernasib baik di sekolahnya.
Bukan sekadar itu, cikgu Maisarah dan rakan-rakannya sering menziarahi keluarga muridnya yang miskin dan memberi sumbangan berupa makanan kepada penduduk setempat.
Kita bantu orang ni bukan nak selesaikan masalah, tapi..
Sementara itu menerusi satu perkongsian lain di FB, cikgu Maisurah juga menitipkan pesan bahawa khidmat kebajikan yang beliau lakukan ini tidak mampu menyelesaikan masalah.
” Kita bantu orang ni bukan nak selesaikan masalah, tapi sebab nak ambil saham akhirat kita.. saya pegang kata-kata ni dari mentor saya abang Raja Shamri.
” Masalah ni takkan pernah selesai. Kita dah bantu si asnaf/ penerima A, tapi dia minta pula kita untuk bantu jirannya si B. Setelah kita bersetuju untuk bantu, dimintanya pula kita bantu lagi si C dan D yang kononya ibu tunggal.
” Semakin dilayan maka sampai ke Z pun tak habis. Nampak tak, memang takkan selesai.
” Untuk hari ini, sebanyak 35 keluarga yang mendapat edaran bantuan. Dan mereka ini belum pernah mendapat bantuan bermula PKPB bulan lalu.
” Rata-ratanya adalah ibu tunggal dan yang sudah tiada pendapatan akibat PKPB. Gembiranya mereka kerana sumbangan anda. Terima kasih…. With LOVE” akhiri cikgu Maisarah.