
Alhamdulillah
Awal bulan November team As Salam dalam misi untuk mengagihkan susu budak kepada pemohon-pemohon di kawasan Kg Pinggir Bakau dan ditakdirkan bertemu dengan makcik Maimunah.
Puan Irma yang kebetulan ada dikawasan tersebut mendengar sendiri rintihan makcik ini yang merayu-rayu meminta bantuan barang dapur.
Makcik ini menangis merayu-rayu agar diberikan bantuan barang dapur dan juga minta dibelikan Tong Gas dan Dapur sebab yang lama sudah kena curi.
Makcik ini mengadu tidak tahan masak dengan dapur kayu, kayu pula habis sudah digunakan, mau beli kayu duit pula tiada sudah. Buntu makcik ini dan tidak tau pada siapa lagi mau dituju.
Nasiblah puan Irma kebetulan ada disitu dapatlah makcik ini mengadu masalah yang menimpa, bayangkan sajalah kita tiada duit, dapur pula kosong, sudahlah dapur kosong kayu api pun tiada untuk memasak.
Dengan keadaan rumah macam rumah makcik Maimunah lagilah tidak boleh bayang kalau saya di tempat makcik Maimunah.
Petang itu juga kami sampai di rumah makcik ini dan memang sudah rezeki makcik ini ngam-ngam sahaja ada pek bantuan terakhir dalam van jenazah As Salam takdir rezeki yang sudah ditentukan Allah SWT untuk makcik Maimunah.
Kesianlah kami ustaz.. tolonglah kami ustaz..
Sampai saja di rumah makcik ini kami serahkan 1 pek bantuan barang dapur tapi serba salah juga sebab dapur pula tiada sebenarnya tidak juga selesaikan masalah makcik Maimunah. Cuma kami mampu pesan supaya bersabar dan kami usahakan untuk dapur dan tong gas baru.
Merayu-merayu makcik ini pada saya..
” Kesianlah kami ustaz.. tolonglah kami ustaz.. tengoklah rumah kami ustaz. Ustaz masuklah tengok rumah kami..”
Namun tiada apa yang dapat kami bantu dan inilah hakikat hidup sebagai bukan warganegara, masalah yang akan sentiasa ada dalam kalangan masyarakat Sabah.
Bukan untuk menuding jari menyalahkan mana-mana pihak tetapi untuk kita sama-sama muhasabah dan fikirkan.
Walaupun bukan warganegara tetapi mereka tetap manusia yang perlukan kemudahan asas dan makanan untu mengisi perut.
Alhamdulillah selepas lebih kurang 3 minggu lamanya barulah kami dapat kumpul dana untuk belikan dapur dan tong gas baru untuk makcik Maimunah dan yang paling istimewa kami bawa juga wakil Jabatan Kebajikan masyarakat Semporna untuk ziarah makcik ini.
Sekurang-kurangnya ada juga laporan yang dibawa ke atasan untuk difikirkan oleh mereka yang ada autoriti.Kami juga serahkan 1 pek bantuan sumbangan Perbendeharaan kepada makcik Maimunah.
Terima kasih JKM Semporna atas kepercayaan kepada Komuniti As Salam untuk agihan bantuan kepada golongan yang terjejas. Tahniah kami ucapkan atas kebersamaan dalam misi kemanusiaan pandemic covid 19.
Kami menyeru dan merayu agar masyarakat juga badan-badan korporat serta agensi kerajaan untuk terus menyalurkan sumbangan kepada Komuniti As Salam agar kami sentiasa dapat mengerakkan misi-misi kebajikan di Semporna khususnya dan Sabah amnya.
Khidmat Itu Nikmat
221441041382
Bnk Kerjasama Rakyat
Masjid As Salam
Sumber:FB Komuniti As Salam